Polis sedang giat mengesan seorang remaja perempuan tempatan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang.
Polis sedang giat mengesan seorang remaja perempuan tempatan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang.

Polis kesan remaja perempuan hilang

27 Apr 2026 09:28am

Polis sedang giat mengesan seorang remaja perempuan tempatan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Malaysia, Desa Petaling di sini, sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner, Mohd Rosdi Daud dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan berhubung kehilangan mangsa pada Jumaat lepas.

Beliau berkata, susulan laporan itu, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi menjejaki kedudukan remaja berkenaan. 

"Siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam lif yang diselia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengenal pasti arah pergerakan mangsa," menurut kenyataan itu. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp