Fadhlina (kanan) meluangkan masa beramah mesra bersama guru-guru SJKT Taman Permata ketika kunjungannya pada Khamis.
Fadhlina (kanan) meluangkan masa beramah mesra bersama guru-guru SJKT Taman Permata ketika kunjungannya pada Khamis.

Menteri Pendidikan buat kejutan Hari Guru di SJKT Taman Permata

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
14 May 2026 04:50pm

Suasana di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) (SJKT) Taman Permata, Dengkil, Selangor bertukar meriah apabila Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hadir memberikan kejutan dan penghargaan kepada warga sekolah itu.

Sempena sambutan Hari Guru yang semakin hampir, kehadiran Menteri Pendidikan menjadi satu bentuk penghargaan bermakna kepada para pendidik di sekolah berkenaan.

Menurut Fadhlina, pihak sekolah telah menghantar sebuah video dan ucapan Selamat Hari Ibu yang sarat dengan elemen kasih sayang dan penghargaan.

No Image Caption

Video yang dihantar telah memberi kesan mendalam dan meninggalkan rasa terharu kepada dirinya.

"Bukan kerana video itu semata-mata tetapi saya telah melihat sendiri bagaimana anak-anak di sekolah ini mempunyai kesantunan dan kasih sayang yang cukup luar biasa.

"Budi bahasa mereka tinggi dan pastinya setiap daripadanya mempunyai potensi yang sangat besar untuk terus berjaya dalam pendidikan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Benarlah sebagaimana tema hari guru kita, Guru Bitara Nadi Negara. Dengan kebitaraan guru, potensi anak-anak ini telah dioptimumkan," katanya di Facebook pada Khamis.

No Image Caption

No Image Caption

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp