No Image Caption

'Sporting' sambut menteri! Fadhlina bawa kejutan Hari Guru di SK Saujana Indah

15 May 2026 12:00pm

Sempena sambutan Hari Guru 2026, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meneruskan siri kejutan istimewa buat warga pendidik di Parlimen Nibong Tebal dengan mengunjungi Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Indah pada pagi Jumaat.

Kehadiran beliau disambut meriah oleh murid dan guru yang tampil berpakaian pelbagai watak kreatif bersempena sambutan Hari Guru bertemakan Guru Bitara Nadi Negara.

Menerusi perkongsian di media sosialnya, Fadhlina meluahkan rasa terharu melihat semangat dan keceriaan warga sekolah yang cukup sporting menyambut kehadirannya.

“Suasana cukup meriah dengan sorakan anak-anak dan para guru yang berpakaian pelbagai watak sempena sambutan hari ini,” katanya.

No Image Caption

No Image Caption

Dalam lawatan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 serta dua unit penghawa dingin untuk kegunaan bilik guru sekolah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Menurut Fadhlina, sumbangan itu sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa.

“Terima kasih anak-anak yang cukup sporting dan riuh menyambut saya. Terima kasih cikgu!” katanya lagi.

Sambutan Hari Guru tahun ini terus menyaksikan pelbagai pendekatan kreatif dan penuh penghargaan diraikan di sekolah-sekolah seluruh negara bagi menghormati peranan guru sebagai tunjang pembangunan pendidikan negara.

Kejutan seterusnya adalah di SJKT Ladang Transkrian. 

Terima kasih, cikgu!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp