Bahagian belakang pentas dewan SMK Putrajaya Presint 14 (1) terbakar dalam kejadian jam 6 petang, Khamis. Gambar kecil: Pasukan bomba dan penyelamat berusaha memadamkan kebakaran.
Bahagian belakang pentas dewan SMK Putrajaya Presint 14 (1) terbakar dalam kejadian jam 6 petang, Khamis. Gambar kecil: Pasukan bomba dan penyelamat berusaha memadamkan kebakaran.

Bahagian belakang dewan SMK Putrajaya Presint 14(1) terbakar

Bahagian belakang pentas dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1) terbakar dalam kejadian jam 6 petang, Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14(1), Penolong Penguasa Bomba Dianty Hussain berkata, kebakaran itu melibatkan kerusi dan meja yang disimpan di bahagian belakang pentas dewan dengan anggaran keluasan kebakaran kira-kira 12 x 50 kaki persegi.

"Kami menerima panggilan jam 6.10 petang sebelum kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya jam 6.30 petang," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi.

Ujar beliau, kebakaran berkenaan tidak melibat sebarang mangsa kerana sesi persekolahan ketika itu telah tamat.

"Ketika kami sampai, terdapat ibu bapa dan guru membantu mengawal keadaan bagi memastikan murid tidak mendekati kawasan," jelas Dianty.

Menurutnya, seramai 12 anggota terlibat dalam operasi berkenaan menggunakan dua aliran hose reel dan dua aliran hose sepanjang 200 kaki dengan sumber air daripada tangki jentera serta pili bomba berhampiran.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp