
Realiti di sebalik Anugerah Guru!
Di sebalik senyuman para penerima Anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2026, tersimpan perjalanan panjang yang tidak semua mampu dilihat dengan mata kasar.
Ada yang bertahun-tahun mencurahkan idea, tenaga dan masa demi memastikan murid mendapat pendidikan terbaik sebelum akhirnya menerima pengiktirafan yang diimpikan.
Bagi sebahagian guru, anugerah yang diterima bukan hadir dalam sekelip mata.
Ada yang pernah kecewa apabila permohonan tidak berjaya, namun tetap bangkit meneruskan usaha tanpa mengenal penat.
Dari bilik darjah kecil hinggalah ke pentas kebangsaan, mereka terus melakar inovasi, membimbing murid dan memimpin sekolah dengan penuh dedikasi.
Pengiktirafan ini bukan sekadar lambang kejayaan individu, tetapi bukti pengorbanan seorang pendidik yang sanggup berjuang demi masa hadapan anak bangsa.
Lebih bermakna, setiap anugerah yang diterima membawa bersama harapan, keikhlasan dan cinta seorang guru terhadap dunia pendidikan.
Ikuti perkongsian Sinar Bestari mengenai perjalanan suka duka cikgu kita.
Terima kasih cikgu!
