
Kamera 'on', aktiviti bergema!
Bayangkan empat hari, tiga malam bersama kamera, mikrofon, skrip, lampu, bengkel dan rakan baharu yang berkongsi minat sama.
Itulah pengalaman peserta akhir Festival TV PSS Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2026 yang berkumpul dalam satu pentas besar, bukan sekadar menemukan bakat muda dari seluruh negara, malah membuka ruang untuk mereka belajar, berkarya dan mencabar diri.
Daripada yang awalnya kekok apabila berdiri di hadapan kamera, tidak terkecuali belajar mengendalikan temu bual.
Ada yang datang dengan asas videografi, tetapi pulang membawa ilmu tentang teknik penggambaran dan penceritaan.
Festival ini ibarat sebuah ‘studio bergerak’ yang mengajar peserta bahawa dunia TV PSS bukan sekadar tentang siapa paling petah bercakap atau paling cantik hasil videonya tetapi bagaimana sebuah cerita boleh disampaikan dengan kreatif dan memberi makna.
Sinar Bestari kongsikan pengalaman peserta di Hotel Premiere Klang sempena Festival TV PSS Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2026.
Zasss!
