Gempa bumi di Filipina

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
08 Jun 2026 04:26pm

Rakaman yang dikongsikan di media sosial memperlihatkan detik cemas apabila guru dan kakitangan sekolah di Filipina berusaha menenangkan murid-murid yang ketakutan ketika bangunan serta permukaan tanah di sekitar sekolah bergegar kuat akibat gempa bumi.

Dalam suasana panik itu, sebuah kanopi kayu beratap zink dilaporkan runtuh secara tiba-tiba, menyebabkan murid-murid bertempiaran menyelamatkan diri. Kedengaran seorang guru berulang kali mengarahkan mereka supaya duduk dan kekal tenang.

Jeritan ketakutan murid-murid turut kedengaran ketika gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda kawasan berkenaan kira-kira jam 7.38 pagi waktu tempatan.

Video: Media sosial komuniti

 

 

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp