Suka subjek Matematik
15 Jun 2026 09:39am
Apabila ditanya subjek kegemarannya di sekolah, adik Rizqi Aiman tanpa ragu-ragu menjawab: Matematik.
Bukan kerana ia subjek yang mudah, tetapi kerana cara cikgunya mengajar.
Menurut Rizqi, guru Matematiknya menggunakan pendekatan yang berbeza dan mudah difahami sehingga dia dan rakan-rakan dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih yakin.
Kadang-kadang, bukan subjek yang membuatkan kita jatuh cinta untuk belajar, tetapi guru yang berjaya membuatkan kita faham.
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok