Ada apa dengan TV PSS 2026
Berita baik untuk semua pelajar dan guru!
Acara berprestij Festival TV PSS bakal berlangsung pada September nanti. Jangan lepaskan peluang untuk menghantar penyertaan. Siapa tahu, mungkin anda pemenang seterusnya.
Apa pula perancangan TV PSS bagi tahun 2026? Daripada peranan pelajar, sokongan guru hingga hala tuju sebenar TV PSS di sekolah, semuanya akan dibongkar secara terbuka dan jujur.
Podcast Bual Bestari menampilkan Timbalan Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Moktar Wahid, berkongsi perspektif dasar, cabaran serta peluang TV PSS dalam landskap pendidikan semasa.
Saksikan perbincangan eksklusif ini bersama hos, Anim Ezati hanya di platform digital Sinar Bestari dan Sinar Harian.
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok