Kejayaan pasukan Malaysia di Beijing bukan sahaja mencerminkan kemampuan pelajar tempatan bersaing di pentas antarabangsa, malah membuktikan usaha berterusan dalam pembangunan bakat muda.  
Kejayaan pasukan Malaysia di Beijing bukan sahaja mencerminkan kemampuan pelajar tempatan bersaing di pentas antarabangsa, malah membuktikan usaha berterusan dalam pembangunan bakat muda.  

Malaysia raih lima pingat di Kejohanan World Robot Challenge di Beijing

11 Aug 2026 12:03pm

Pasukan Malaysia berjaya meraih dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa pada Kejohanan World Robot Challengeke-23 yang berlangsung di Beijing pada Sabtu dan Ahad lepas.

Pencapaian itu menyaksikan peningkatan berbanding tahun lepas yang sekadar membawa pulang dua pingat.

Pengarah Projek World of Robotics Sdn Bhd (World of Robotics), Michelle Choo berkata, Malaysia diwakili 92 peserta berumur antara sembilan hingga 18 tahun di kejohanan antarabangsa berkenaan yang menghimpunkan lebih 5,000 peserta dan peminat robotik dari lebih 40 negara seluruh dunia.

"Sebelum ini, pelajar-pelajar menyertai pertandingan World of Robotics Championship. Selepas pertandingan berkenaan, kami sediakan latihan intensif sebagai persediaan dan saya rasa mereka sememangnya bersedia untuk menghadapi cabaran di Beijing," katanya sejurus tiba dari Beijing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1. 

Choo berkata, kejayaan pasukan Malaysia di Beijing itu bukan sahaja mencerminkan kemampuan pelajar tempatan bersaing di pentas antarabangsa, malah membuktikan usaha berterusan dalam pembangunan bakat muda dalam bidang robotik mampu menghasilkan pencapaian membanggakan negara. 

No Image Caption

Sementara itu, Pengerusi World of Robotics, Zainuren Mohd Nor berkata, peserta yang terdiri daripada berbilang kaum di bawah 'payung Malaysia' di Beijing menyerlahkan semangat kenegaraan mereka.

"Mereka bukan setakat bertanding, tapi kita membina semangat kenegaraan yang sangat kuat. Hubungan mereka sangat rapat, macam adik-beradik, malah menerima sokongan padu daripada ibu bapa.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga percaya dengan penglibatan pelajar dalam bidang robotik akan memupuk minat mereka untuk belajar STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik),” katanya.

Lima pingat berkenaan melibatkan empat kategori iaitu Puck Collector Junior (emas dan gangsa), Puck Collector Senior (perak), Robobowling Senior (emas) dan Freestyle Junior (gangsa).

Pemenang emas kategori Puck Collector Junior ialah Che Raeesa Che Rostami, Anaqi Azizi Asnur dan Wan Umar Wan Azlan manakala Robobowling Senior dimenangi Cheong Zhen Hao, Lee Jian Kai dan Yap Yu Min.

Pemenang pingat perak bagi kategori Puck Collector Senior ialah Elijah Shreyash Nair dan Muhammad Irfan Rizqi Roseaidy manakala pingat gangsa Puck Collector Junior dimenangi oleh Cheah Cheng You, Keith Chan dan S Avighna Sivam.

M. Nethish Sharmaa dan Muhammad Raffan Aqhyaar Mohd Nafis pula memenangi pingat gangsa kategori Freestyle Junior.

Dalam pada itu, Nethish Sharmaa, 11, berkata, dia teruja bertanding di luar negara buat pertama kali sekali gus menjadi kenangan yang sukar dilupakan.

Che Raeesa, 12, pula berkata, pertandingan itu mengajarnya erti semangat berpasukan dan bertolak-ansur ketika bekerja dalam kumpulan. - Bernama  

 

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp