Fadhlina
Fadhlina

Jerebu: Sekolah di empat PPD Selangor, Kuala Lumpur ditutup Isnin

11 Oct 2026 04:43pm

Semua sekolah di bawah empat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor dan Kuala Lumpur ditutup pada Isnin susulan situasi jerebu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, penutupan pada 12 Oktober itu melibatkan sekolah di bawah PPD Bangsar Pudu, PPD Hulu Langat, PPD Gombak dan PPD Petaling Perdana.

"Sekolah di Melaka, Pulau Pinang, Putrajaya, Labuan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak beroperasi seperti biasa.

"Bagi Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah di bawah PPD selain yang dinyatakan turut beroperasi seperti biasa.

"Ibu bapa dan warga sekolah dimohon merujuk makluman rasmi KPM, JPN dan PPD masing-masing bagi sebarang perkembangan terkini," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Sebelum ini media melaporkan, Pengarah Pendidikan Negeri (PPN) akan membuat pemakluman tentang status operasi sekolah, setiap hari berdasarkan data bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengarahkan PPN menubuhkan Jawatankuasa Petugas Pemantau Jerebu bagi tujuan tersebut. - Sinar Harian

 

 

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp