Kapten (B) Abdul Rahmat (kanan) berinteraksi dengan pelajar dalam sesi soal jawab.
Kapten (B) Abdul Rahmat (kanan) berinteraksi dengan pelajar dalam sesi soal jawab.

Bicara Ilmuwan KTESA buka mata pelajar tentang erti kedaulatan negara

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
16 Oct 2026 02:08pm

Sejarah bukan sekadar fakta yang perlu dihafal untuk peperiksaan, sebaliknya menjadi panduan untuk memahami perjuangan masa lalu dan kepentingan mempertahankan kedaulatan negara.

Menyedari kepentingan itu, Kolej Tingkatan Enam Shah Alam (KTESA) menganjurkan Program Bicara Ilmuwan Pusat Sumber (PSUBI) KTESA 2026 bertemakan 'Imperialisme dan Nasionalisme di India: Memahami Sejarah, Memperkukuh Kedaulatan Negara' baru-baru ini.

Program tersebut bertujuan memupuk semangat patriotisme, kecintaan terhadap negara dan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai warganegara dalam kalangan pelajar.

Dianjurkan oleh Pusat Sumber Ujana Bitara Ilmu (PSUBI) bersama Unit Kurikulum KTESA, program menyasarkan pelajar Semester 1.

Pensyarah turut diberi peluang menyertai program yang berlangsung di Dewan Canselor, KTESA itu.

Menurut Penyelaras Program, Fairuz Asyikin Aptu, pelbagai aktiviti menarik disediakan bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna kepada peserta. 

Dari kiri Saniah dan Fairuz Asyikin.
Dari kiri Saniah dan Fairuz Asyikin.

Antaranya termasuk ceramah berkaitan imperialisme dan nasionalisme di India, sesi soal jawab serta kuiz yang menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar.

Artikel Berkaitan:

"Program itu turut menampilkan bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff, yang berkongsi ilmu tentang sejarah dan kepentingan mempertahankan kedaulatan negara.

"Beliau turut menggalakkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi termasuk melalui Pengajian Jarak Jauh (PJJ), berdasarkan pengalamannya sendiri.

"Kaedah itu membuka peluang kepada individu untuk terus belajar dan meningkatkan kelayakan akademik sambil memenuhi komitmen sedia ada," katanya kepada Sinar Bestari.

Sementara itu, Pengetua KTESA, Saniah Seman berharap program seumpama itu dapat membentuk pelajar yang berilmu, matang, berwawasan dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. 

No Image Caption

Beliau turut berharap program perkongsian ilmu bersama tokoh berpengalaman dapat diteruskan bagi menyemai budaya membaca, pembelajaran sepanjang hayat dan pemikiran kritis.

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp