Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini dan semoga segala jasa serta amal bakti arwah menjadi pahala yang berpanjangan.
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini dan semoga segala jasa serta amal bakti arwah menjadi pahala yang berpanjangan.

Guru yang pernah membimbing Maryam kini tiada, Fadhlina luah rasa kehilangan

19 Oct 2026 04:51pm

Setiap kejayaan anak didik pastinya menjadi kebanggaan seorang guru.

Namun, apabila insan yang pernah membimbing itu pergi buat selamanya, segala jasa dan kenangan bersamanya menjadi sesuatu yang amat berharga.

Begitulah pemergian guru Biologi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya, Allahyarhamah Cikgu Nor Asila Ishak yang menghembuskan nafas terakhir pada pagi Isnin.

Berita itu menyentuh hati Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, yang mengenang jasa Allahyarhamah mendidik anaknya, Maryam atau Maryam Fadhilah Mohd Fadzli.

Menerusi perkongsian di Facebook, Fadhlina mengimbau kegembiraan Maryam memperoleh gred A dalam Biologi, kejayaan yang turut didorong oleh dedikasi seorang guru.

"Di sebalik kejayaan itu, ada jasa seorang guru yang telah mendidiknya dengan penuh dedikasi.

"Sebagai seorang ibu, saya amat menghargai setiap guru yang pernah hadir dalam perjalanan pendidikan anak-anak saya. Pemergian Allahyarhamah cukup menyentuh hati kami sekeluarga," kongsinya.

Fadhlina turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah dan warga SMKA Putrajaya.

"Semoga ALLAH SWT menerima seluruh amal baktinya sebagai amal jariah dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman," tulisnya pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Sinar Bestari merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp