Ilmu yang dicurahkan mungkin membina masa depan, tetapi keprihatinan dan keikhlasan seorang guru meninggalkan kesan yang kekal dalam ingatan.
Ilmu yang dicurahkan mungkin membina masa depan, tetapi keprihatinan dan keikhlasan seorang guru meninggalkan kesan yang kekal dalam ingatan.

Karisma seorang guru: Mendidik dengan ilmu, menyentuh dengan jiwa

27 Nov 2026 11:06am

Perwatakan menarik bukanlah bermakna cantik atau kacak semata-mata. Cantik itu bersifat abstrak pada mata manusia. Guru yang dipandang manis dapat mencuit hati murid dan murid juga akan berasa tenang apabila melihat guru yang berada di hadapan mereka. Kesempurnaan dari aspek perwatakan memberikan keyakinan dan lazimnya murid lebih menyukai guru yang sedemikian.

Bagi menzahirkan perwatakan menarik, penampilan guru haruslah dititikberatkan seperti cara berpakaian, pemilihan warna pakaian, corak pada pakaian, kekemasan rambut bagi guru lelaki atau tudung bagi guru wanita dan sebagainya yang boleh dilihat oleh murid. Tidak salah jika guru menerima pujian murid seperti, "Cikgu, cikgu cantiklah hari ini". Sudah tentu guru terlalu sukar hendak menjawab pujian tersebut. Namun kesannya, guru pasti akan lebih bersemangat untuk mengajar. Apabila guru bersemangat, sudah pasti murid juga akan seronok untuk belajar. 

No Image Caption

 

Perwatakan juga bermula daripada seseorang itu berfikir. Apa-apa yang difikirkan akan menentukan tahap emosi dan setiap emosi akan menghasilkan tindakan. Pemikiran yang positif akan melahirkan tingkah laku dan perwatakan positif serta menarik. Justeru, untuk membina perwatakan menarik guru perlu berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana emosi akan melahirkan tingkah laku yang kadang-kadang dipamerkan melalui memek muka yang garang dan masam, gaya percakapan yang kasar dan ego serta gaya berjalan yang bongkok dan sombong.

Seorang guru yang hebat akan berjaya membawa perwatakan menarik sebagai guru dan mempunyai roh guru. Ciri-ciri perwatakan yang penyayang, mengambil berat, prihatin, terbuka, tidak pilih kasih dan adil merupakan antara perwatakan menarik yang perlu ada pada seseorang guru. Murid akan berasa lebih selesa dengan perwatakan guru yang sedemikian. Murid juga akan melihat guru sebagai role model untuk menjadi ikutan kepadanya. 

No Image Caption

Maklumat penulis:

Artikel Berkaitan:

Guru Cemerlang Bahasa Melayu, SMK Pokok Sena, Kedah, Dr Abdul Ghani Jalil

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp