No Image Caption

Belajar, rakam dan sebarkan mesej lestari

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
27 Oct 2026 07:46am

Siapa sangka, dalam tempoh dua jam, sekumpulan murid mampu merancang, merakam dan menghasilkan sebuah video!

Itulah cabaran menarik menanti peserta program anjuran KDEB Waste Management (KDEBWM) bersama murid-murid TV PSS sekitar Selangor yang berlangsung di Dewan Karangkraf, Shah Alam.

Program ini bukan sekadar memberi peluang kepada murid mengenali dunia videografi dan kewartawanan, malah menjadi medan untuk mereka mencungkil bakat, mengasah kreativiti serta membina keyakinan diri.

Menerusi bengkel asas videografi dan kewartawanan, peserta didedahkan dengan kepentingan menjaga kebersihan, mengamalkan kitar semula serta memelihara kelestarian alam sekitar dengan suntikan daripada KDEBWM.

Pendedahan itu memberi peluang kepada murid memahami peranan mereka sebagai ejen perubahan dalam menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat.

Ikuti perkongsian Sinar Bestari tentang keterujaan pelajar.

Bersih itu hebat!

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp