Setiap persembahan yang ditampilkan bukan sahaja menghiburkan, malah memperlihatkan tahap keyakinan, disiplin dan kesungguhan murid yang cukup membanggakan. FOTO: ROSLI TALIB
Setiap persembahan yang ditampilkan bukan sahaja menghiburkan, malah memperlihatkan tahap keyakinan, disiplin dan kesungguhan murid yang cukup membanggakan. FOTO: ROSLI TALIB

Pentas Malam Cemara Seni 2.0 gilap bakat murid Selangor

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
04 Nov 2026 05:26pm

Baru-baru ini, penulis berkesempatan menyaksikan Malam Cemara Seni 2.0 yang berlangsung meriah di Teater Shah Alam, Selangor.

Bertemakan Seni Menyatu, Warisan Bersatu, program pembangunan kesenian warga pendidikan di Selangor itu nyata memberikan pengalaman cukup bermakna, khususnya dalam mengetengahkan bakat dan kreativiti murid menerusi seni persembahan.

Apa yang menarik perhatian penulis, setiap persembahan yang ditampilkan bukan sahaja menghiburkan, malah memperlihatkan tahap keyakinan, disiplin dan kesungguhan murid yang cukup membanggakan.

Ada persembahan yang begitu memukau sehingga penulis merasakan bakat mereka cukup hebat setanding penghibur profesional. 

Borhan. FOTO: ROSLI TALIB
Borhan. FOTO: ROSLI TALIB

Ternyata, bakat seni dalam kalangan murid sekolah tidak boleh dipandang sebelah mata.

Mereka bukan sahaja mampu menguasai pentas, malah mempunyai potensi besar untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan ruang, peluang dan bimbingan sewajarnya.

Dalam hal ini, penulis bersetuju dengan harapan Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Datuk Borhan Aman Shah agar generasi muda menjadi pewaris yang bukan sekadar mengenali budaya sendiri, tetapi turut berbangga untuk memartabatkannya.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut mengingatkan bahawa generasi muda tidak seharusnya malu memperkenalkan seni warisan termasuk tarian tradisional, muzik, bahasa, pantun dan adat yang baik. 

Borhan (tengah) meninjau hasil karya murid-murid Selangor sebelum berlangsungnya Malam Cemara Seni 2.0. Turut hadir, Pengarah Pendidikan Selangor, Datin Wan Nor Ashikin Abu Kassim (kiri). FOTO: ROSLI TALIB
Borhan (tengah) meninjau hasil karya murid-murid Selangor sebelum berlangsungnya Malam Cemara Seni 2.0. Turut hadir, Pengarah Pendidikan Selangor, Datin Wan Nor Ashikin Abu Kassim (kiri). FOTO: ROSLI TALIB

Hakikatnya, seni bukan sekadar hiburan atau persembahan di atas pentas. Sebaliknya, seni merupakan sebahagian daripada identiti, sejarah dan jati diri masyarakat yang wajar dipelihara.

Justeru, program anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor ini wajar diteruskan sebagai platform mencungkil bakat, membina keyakinan dan melahirkan generasi yang menghargai seni budaya. 

FOTO: ROSLI TALIB
FOTO: ROSLI TALIB

Semoga pentas seperti Malam Cemara Seni 2.0 terus membuka peluang kepada lebih ramai murid untuk menyerlahkan potensi diri. 

FOTO: ROSLI TALIB
FOTO: ROSLI TALIB

 

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp