No Image Caption

SPM 2026: Jangan kalah sebelum berjuang

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
09 Nov 2026 12:00am

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi ujian bertulis semakin hampir.

Bagi calon, masa yang berbaki pastinya dimanfaatkan sebaik mungkin untuk membuat persediaan mengikut kemampuan dan strategi masing-masing.

Ada yang sudah menyusun perancangan sejak awal tahun, manakala ada juga memecut mengejar masa sambil memperbaiki kelemahan.

Namun, apabila bercakap tentang persediaan SPM, adakah ia hanya diukur berdasarkan jumlah topik yang berjaya dikuasai?

Hakikatnya, dalam fokus mereka mengejar keputusan terbaik, ada beberapa perkara penting yang sering terlepas pandang.

Mungkin terlalu memikirkan gagal sehingga keyakinan diri mula goyah, ada pula yang sanggup mengorbankan waktu rehat kerana percaya lebih banyak masa belajar menjamin kejayaan.

Sedangkan, persediaan menghadapi peperiksaan bukan hanya melibatkan penguasaan akademik, tetapi juga cara calon mengurus masa, emosi dan diri sendiri.

Kali ini, Sinar Bestari menelusuri beberapa perkara yang mungkin kelihatan kecil dan sering dipandang remeh, namun boleh membawa kesan besar apabila calon melangkah masuk ke dewan peperiksaan.

Semoga berjaya!

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp