No Image Caption

Mencipta masa hadapan

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
02 Nov 2026 12:00am

Bagaimana robot dicipta, teknologi dibangunkan dan idea kreatif ditukar menjadi sesuatu yang berguna?

Di sebalik kemajuan ini, terdapat gabungan ilmu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menjadi pemacu kepada pembangunan generasi masa hadapan.

STEM membentuk cara murid berfikir dan menghasilkan inovasi, manakala TVET menyediakan ruang untuk mereka menguasai kemahiran teknikal yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

Gabungan kedua-duanya bukan sahaja membuka peluang pendidikan dan kerjaya yang lebih luas, malah membantu melahirkan generasi berkemahiran, berdaya saing dan bersedia mencorakkan masa hadapan negara.

Bersama Sinar Bestari minggu ini, kami kupas bagaimana STEM dan TVET penting sejak di bangku sekolah bagi mencungkil potensi murid terhadap pembentukan dunia 'esok'. 

Jom teroka dunia STEM dan TVET!

 

 

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp