Ahmad Zahid (gambar kecil) mendoakan segala urusan calon SPM dipermudah dan setiap usaha yang telah dicurahkan membuahkan hasil yang membanggakan.
Ahmad Zahid (gambar kecil) mendoakan segala urusan calon SPM dipermudah dan setiap usaha yang telah dicurahkan membuahkan hasil yang membanggakan.

Ahmad Zahid nasihat calon SPM 2026 hadapi peperiksaan dengan tenang, yakin

23 Nov 2026 04:37pm

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 supaya menghadapi peperiksaan dengan hati yang tenang dan penuh keyakinan.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau mendoakan segala urusan calon SPM dipermudah dan setiap usaha yang telah dicurahkan membuahkan hasil yang membanggakan.

"Percayalah pada kemampuan diri, manfaatkan segala ilmu yang telah dipelajari dan berikan yang terbaik dalam setiap jawapan.

"Jaga kesihatan, cukupkan rehat dan jangan lupa mohon restu serta doa daripada ibu bapa dan guru-guru yang sentiasa mendoakan kejayaan anda," katanya.

Peperiksaan bertulis SPM 2026 bermula hari ini dan akan berlangsung hingga 17 Dis. - Bernama

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp