Kredit foto: BERNAMA
Kredit foto: BERNAMA

10 garis panduan KPM hadapi jerebu

AZLEENDA SAHALUDIN
03 Oct 2023 11:45am
A
A
A

Kualiti udara seluruh negara sejak kebelakangan ini didapati merosot dengan peningkatan kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di kawasan pantai barat Semenanjung.

Keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan khususnya dalam kalangan ibu bapa serta guru tentang penglibatan aktiviti luar oleh anak-anak murid di sekolah.

Untuk itu, Kementerian Pendidikan (KPM) pada Selasa telah mengeluarkan 10 garis panduan buat semua institut pendidikan di bawahnya bagi menghadapi fenemona jerebu yang melanda ketika ini.

Jom kita lihat.

10 garis panduan hadapi jerebu

1) Jika bacaan IPU melebihi 100, pihak sekolah hendaklah menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan semua murid. Disarankan aktiviti keramaian atau sukan luar bangunan juga ditangguhkan.

2) Jika bacaan IPU melebihi 200, semua sekolah yang berada dalam kawasan atau daerah hendaklah ditutup serta-merta.

3) Pengetua atau guru besar hendaklah memastikan guru membuat tugasan sewajarnya di sekolah semasa sekolah ditutup jika guru tidak diberi cuti selaras dengan peruntukan dalam Surat Siaran Bil.8/2016: Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana bertarikh 21 Julai 2016.

Artikel Berkaitan:

4) Jika bacaan IPU melebihi 500, guru dan kakitangan tidak perlu hadir ke sekolah.

5) Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui media massa mengenai fenomena jerebu di kawasan atau daerah masing-masing supaya mudah untuk mengambil tindakan. Pihak sekolah boleh melihat terus bacaan IPU dan keadaan terkini status udara melalui laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) seperti yang tertera:

https://apims.doe.gov.my/home.html

6) Pembukaan semula sekolah bergantung kepada bacaan IPU bawah daripada 200. Jika trend bacaan menunjukkan pengurangan IPU bawah 200 tindakan bolehlah diambil sebagai persediaan untuk pembukaan semula sekolah.

7) Murid-murid dinasihatkan untuk memakai pelitup muka dan minum air dengan kerap.

8) Pihak sekolah hendaklah merujuk murid-murid yang didapati tidak sihat kepada ibu bapa atau penjaga dengan kadar segera.

9) Ibu bapa yang bimbang akan kesihatan anak-anak mereka dibenarkan tidak menghantar anak-anak ke sekolah dan pihak sekolah hendaklah dimaklumkan akan hal ini.

10) Semua jenis peperiksaan termasuk peperiksaan awam hendaklah diteruskan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok