Masjid merupakan karya seni menakjubkan yang mencerminkan sejarah, budaya dan hasil pertukangan berabad lamanya.
Masjid merupakan karya seni menakjubkan yang mencerminkan sejarah, budaya dan hasil pertukangan berabad lamanya.

10 masjid paling megah di dunia

MARLISSA MOHAMMAD KAMALMARLISSA MOHAMMAD KAMAL
23 Mar 2025 03:39pm

Masjid merupakan karya seni menakjubkan yang mencerminkan sejarah, budaya dan hasil pertukangan berabad lamanya.

Daripada hiasan jubin hingga ke rekaan menara yang unik, setiap daripadanya mempunyai keunikan seni bina tersendiri.

Begitu juga dengan pemilihan lokasi pembinaan struktur itu yang turut menjadi tarikan buat pengunjung yang mahu menziarahi atau beribadah di masjid berkenaan.

Berikut adalah 10 masjid paling masyhur di seluruh dunia.

1) Masjid Besar Sheikh Zayed - Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Ia adalah binaan yang mewah dengan 82 kubah marmar putih, permaidani buatan tangan terbesar di dunia bersama candelier dihiasi kristal Swarovski. Masjid di Abu Dhabi ini disebut sebagai karya visual agung dan boleh memuatkan lebih 40,000 jemaah pada satu masa.

2) Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) - Turkiye

Masjid paling ikonik di Istanbul ini dilengkapi dengan enam menara dan lebih 20,000 jubin Iznik biru. Ia dibina pada abad ke-17 dan masih berfungsi sebagai tempat ibadat dan tarikan pelancong. Cahaya semula jadi menerusi 260 tingkap berwarna antara keunikan Masjid Biru ini.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

3) Masjid Nabawi - Arab Saudi

Masjid kedua paling suci orang Islam yang terletak di Madinah ini menempatkan Makam Nabi Muhammad SAW dan dibina pada 622 Masihi. Ia telah diperluaskan beberapa kali dan dimodenkan mengikut peredaran zaman. Selain itu, kubah hijau dan sebanyak 250 payung gergasi yang boleh dibuka dan ditutup antara tarikan utama di Nabawi.

No Image Caption

4) Masjid Hassan II - Maghribi

Ia terletak di pinggir Lautan Atlantik dan merupakan tempat pameran seni bina dilengkapi menara kedua tertinggi di dunia (210 meter) dan sebahagian dewan solatnya dibina di atas permukaan laut. Pada waktu malam, pancaran laser dari menaranya menghala ke arah Makkah. Rakaan dalamannya juga menakjubkan dengan siling kayu cedar berukir, lantai marmar dan mozek yang mengambil masa selama ribuan tahun untuk disiapkan.

No Image Caption

5) Masjid Nasir al-Mulk - Iran

Digelar sebagai 'Masjid Merah Jambu'. Masjid unik pada abad ke-19 di Shiraz ini terkenal dengan tingkap dengan warna bersilih ganti. Apabila waktu pagi, dewan solat akan bertukar menjadi warna pelangi mempesonakan. Rekaan dalamannya dihiasi permaidani Parsi, hiasan jubin yang rumit dan gerbang dengan pesona luar biasa.

No Image Caption

6) Masjid Badshahi - Pakistan

Masjid era Mughal pada abad ke-17 di Lahore ini mempunyai salah sebuah pekarangan terbesar di dunia dan kubah yang mengagumkan. Rekaan dalamannya dihiasi lukisan dinding yang halus dan kerja tatahan marmar yang mempamerkan kecemerlangan artistik pada masa tersebut. Ia pernah menjadi masjid terbesar di dunia dan kekal menjadi binaan mengagumkan.

No Image Caption

7) Masjid Jama - India

Ia merupakan salah sebuah masjid terbesar dengan pekarangannya boleh memuatkan lebih 25,000 jemaah pada satu masa. Ia dibina pada abad ke-17 ketika era pemerintahan Maharaja Shah Jahan. Pemandangan jalan yang sibuk di New Delhi dapat dilihat dengan jelas menerusi menara di masjid ini.

No Image Caption

8) Masjid Besar Sultan Qaboos - Oman

Binaannya yang menggabungkan seni bina Islam tradisional dan kontemporari merupakan kebangaan di Muscat. Ia turut dilengkapi candelier bertatahkan kristal Swarovski dan ruang solat dihiasi permaidani Parsi dihasilkan 600 penenun yang mengambil masa empat tahun untuk disiapkan. Kaligrafi pada dinding masjid ini menambah lagi suasana elegan.

No Image Caption

9) Masjid Besar Cordoba - Sepanyol

Ia menggabungkan seni Islam dan Kristian. Masjid ini dibina pada 789 Masihi sebelum menjadi katedral katolik dan merupakan mercu tanda paling luar biasa di negara Eropah Selatan ini. Gerbang berbentuk ladam kuda, lajur bewarna merah dan putih serta mihrab yang kompleks menjadikannya visual yang menakjubkan.

No Image Caption

10) Masjid Jumeirah - UAE

Dibina sepenuhnya dengan batu putih dan merupakan salah sebuah masjid yang mengalu-alukan lawatan pengunjung bukan Islam. Ia merupakan lokasi tumpuan pelancong yang mahu mempelajari tentang tradisi dan budaya Islam. Kompleks ini dilengkapi muzium dan 'majlis' yang boleh disewa untuk acara istimewa.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp