Semua sekolah terjejas dibenarkan menjalani PdPR secara penuh atau separuh, bergantung kesesuaian situasi sesebuah sekolah.
Semua sekolah terjejas dibenarkan menjalani PdPR secara penuh atau separuh, bergantung kesesuaian situasi sesebuah sekolah.

10 sekolah terjejas banjir di Terengganu

27 Nov 2025 10:04am

Sebanyak 10 sekolah di Terengganu terjejas banjir, kata Pengarah Pendidikan Negeri, Kamsah@Kamal Mohamed.

Beliau berkata, jumlah berkenaan membabitkan empat sekolah di Setiu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Menyusut, SK Kampung Besut, SK Langkap dan SK Kampung Bukit.

"Selain itu tiga sekolah di Kuala Terengganu iaitu SK Kampung Bukit Chendering, SK Tok Dir dan SK Undang; Marang (SK Sentul Patah dan SK Pulau Kerengga) manakala SK Pasir Akar di Besut," katanya ketika dihubungi. 

Semua sekolah terjejas dibenarkan menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara penuh atau separuh, bergantung kesesuaian situasi sesebuah sekolah.

Kamsah berkata, setakat 3.30 petang Rabu, sembilan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim, Setiu dipindahkan ke asrama sekolah terbabit susulan kawasan rumah mereka di Kampung Besut dilanda banjir yang dibimbangi menjejaskan perjalanan untuk menduduki peperiksan.

"Semua pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pengetua sentiasa diingatkan untuk segera memindahkan mana-mana pelajar (calon SPM) berisiko banjir ke asrama sekolah sekiranya ada atau berpindah ke rumah saudara-mara yang berhampiran," katanya. - Bernama 

 

 

Ringkasan AI

  • Sebanyak 10 sekolah di Terengganu terjejas banjir
  • Empat sekolah di Setiu dan tiga di Kuala Terengganu antara yang terjejas
  • Sekolah-sekolah dibenarkan menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
  • Sembilan calon SPM dipindahkan ke asrama sekolah kerana banjir
  • Pegawai PPD dan pengetua diingatkan untuk memindahkan pelajar berisiko banjir
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp