Tina (dua dari kiri) melihat antara barangan sekolah yang akan diserahkan kepada pelajar asnaf sempena Program Community Education Network (CEN) 2026: Ar-Rahman Wakaf Ilmu - Back to School for Asnaf, 3 Januari depan.
Tina (dua dari kiri) melihat antara barangan sekolah yang akan diserahkan kepada pelajar asnaf sempena Program Community Education Network (CEN) 2026: Ar-Rahman Wakaf Ilmu - Back to School for Asnaf, 3 Januari depan.

100 pelajar asnaf terpilih, terima manfaat wakaf ilmu

NORMAWATI ADNANNORMAWATI ADNAN
30 Dec 2025 02:00pm

Kira-kira 100 pelajar asnaf daripada peringkat sekolah rendah dan menengah bakal menerima manfaat menerusi Program Community Education Network (CEN) 2026: Ar-Rahman Wakaf Ilmu - Back to School for Asnaf yang dianjurkan Taj International College (TIC) pada 3 Januari ini.

Program berkonsepkan wakaf ilmu dan kebajikan pendidikan itu antara lain sebagai inisiatif meringankan beban kewangan keluarga asnaf dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak menjelang sesi persekolahan baharu tahun 2026.

Pengerusi Eksekutif TIC, Tina Tajuddin berkata, penganjuran program berkenaan bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyediaan bantuan fizikal, malah menekankan kepentingan pendidikan serta pengukuhan penglibatan komuniti dalam pembangunan sosial yang mampan.

Menurutnya, antara bantuan yang akan disalurkan ialah pakaian seragam sekolah, beg, kasut, alat tulis serta keperluan asas pendidikan, selain pelaksanaan Wakaf Pendidikan Kafa bagi menyokong pembelajaran al-Quran dan fardu ain secara berterusan.

Tina (duduk, tengah) bersama pihak sokongan dan tajaan yang bakal menjayakan Program Community Education Network (CEN) 2026: Ar-Rahman Wakaf Ilmu - Back to School for Asnaf, 3 Januari depan.
Tina (duduk, tengah) bersama pihak sokongan dan tajaan yang bakal menjayakan Program Community Education Network (CEN) 2026: Ar-Rahman Wakaf Ilmu - Back to School for Asnaf, 3 Januari depan.

"Program ini dilaksanakan berasaskan konsep wakaf ilmu, di mana pendidikan dilihat sebagai pelaburan jangka panjang untuk membentuk masa depan golongan kurang berkemampuan, bukan sekadar bantuan bersifat sementara," katanya dalam sidang akhbar pada Isnin.

Beliau berkata, program itu mendapat sokongan dan tajaan daripada pelbagai pihak termasuk institusi pendidikan dan rakan strategik korporat antaranya Pertubuhan Kasih Kita Negeri Perak dan Canggih Sutera Sdn Bhd.

Artikel Berkaitan:

"Selain penyerahan kit kelengkapan persekolahan kepada keluarga asnaf dan anak yatim, program turut melibatkan serahan bakul makanan kepada pelajar yang mendaftar di bawah Program TIC Prihatin," katanya.

Program yang dijadualkan berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang itu akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sokongan seperti bengkel keibubapaan, motivasi, pertandingan mewarna, jualan, pemeriksaan kesihatan dan pertandingan bayi comel.

Ringkasan AI

  • Seramai kira-kira 100 pelajar asnaf akan menerima manfaat dari Program Community Education Network (CEN) 2026: Ar-Rahman Wakaf Ilmu yang dianjurkan oleh Taj International College
  • Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan keluarga asnaf dalam menyediakan keperluan persekolahan
  • Bantuan yang disalurkan termasuk pakaian seragam sekolah, beg, kasut, alat tulis dan pelaksanaan Wakaf Pendidikan Kafa
  • Konsep wakaf ilmu digunakan sebagai dasar program, dengan pendekatan pendidikan sebagai pelaburan jangka panjang
  • Program dimeriahkan dengan aktiviti sokongan seperti bengkel keibubapaan, motivasi dan pertandingan mewarna
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp