Kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada bulan Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib serta tanpa menganggu pengoperasian institusi pendidikan. Foto hiasan
Kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada bulan Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib serta tanpa menganggu pengoperasian institusi pendidikan. Foto hiasan

Kalendar Akademik 2026 kembali ke Januari - KPM

28 Oct 2025 10:14pm

Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan akan bermula pada 11 Januari hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan A dan 12 Januari hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan B. 

Dalam kenyataan media, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa Kalendar Akademik Tahun 2026 boleh dimuat turun melalui portal rasmi kementerian di pautan https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun2025-kalendar-akademi.

Kumpulan A melibatkan di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu dan Kumpulan B adalah sekolah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

"Kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada bulan Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib serta tanpa menganggu pengoperasian institusi pendidikan.

"Ia adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat," menurut kenyataan itu.

Kementerian juga telah menyelaras tarikh-tarikh bagi cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolahan Tahun 2026 yang melibatkan perayaan Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak dan Krismas.

KPM memaklumkan usaha berkenaan mencerminkan tekad kementerian untuk terus mengutamakan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah. - Bernama

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan bermula 11 Januari hingga 31 Disember untuk Kumpulan A dan 12 Januari hingga 31 Disember untuk Kumpulan B
  • Kumpulan A terdiri daripada negeri Kedah, Kelantan, dan Terengganu manakala Kumpulan B meliputi Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, dan semua Wilayah Persekutuan
  • Kalendar Akademik dapat dimuat turun dari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Perubahan ke tarikh sesi persekolahan ke bulan Januari merupakan hasil perancangan rapi dan komitmen warga pendidikan
  • Tarikh-tarikh cuti perayaan seperti Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali, dan lain-lain telah diselaraskan dalam kalendar akademik
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp