Azman ketika sidang media berhubung pelaksanaan Intervensi Kurikulum pada Isnin.
Foto: ROSLI TALIB
Azman ketika sidang media berhubung pelaksanaan Intervensi Kurikulum pada Isnin. Foto: ROSLI TALIB

122,062 murid Tahun Satu mengikuti program intervensi, kuasai literasi dan numerasi tahap minimum

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
09 Sep 2024 11:57am

Seramai 122,062 daripada 448,113 murid Tahun Satu mengikuti program intervensi yang dijalankan selama tiga bulan bermula Ogos lepas.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, program berkenaan khusus diadakan buat murid yang belum menguasai literasi dan numerasi.

“Daripada jumlah tersebut, 45,4465 murid belum menguasai literasi, 13,669 murid tidak mencapai tahap penguasaan minimum numerasi diikuti dengan 62,928 masih belum menguasai kedua-duanya,” katanya ketika sidang media khas Intervensi Kurikulum di Putrajaya pada Isnin.

Tambah Azman, saringan akan dilakukan sekali lagi apabila tempoh intervnsi fasa pertama itu tamat selepas tiga bulan.

“Namun sekiranya murid-murid ini berjaya menguasai tahap penguasaan minimum mereka akan kembali ke kelas arus perdana.

“Jika masih belum mencapai tahap penguasaan minimum mereka akan meneruskan program intervensi fasa kedua bagi tempoh tiga bulan berikutnya,” jelasnya.

Menurut beliau, langkah seterusnya akan dipertimbangkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berdasarkan keputusan saringan program intervensi kedua kelak.

“KPM tidak mempunyai dasar bagi menyekat murid daripada menaiki darjah seterusnya tetapi kita akan meneruskan intervensi yang bersesuaian bergantung kepada saringan fasa kedua,” tambahnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, KPM menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif penting untuk mereformasikan pendidikan negara.

Ini termasuklah penstrukturan semula sistem prasekolah, kurikulum persekolahan 2027 dan intervensi kurikulum bagi menangani masalah keciciran pembelajaran.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp