Permohonan bagi pengawas peperiksaan SPM 2024 akan berakhir pada 30 November ini.
Permohonan bagi pengawas peperiksaan SPM 2024 akan berakhir pada 30 November ini.

Permohonan pengawas peperiksaan SPM 2024 kini dibuka. Daftar segera sebelum terlambat!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
19 Nov 2024 05:15pm

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) membuka permohonan dalam kalangan orang awam yang berminat sebagai pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024.

Permohonan telah dibuka pada 1 November lalu melalui aplikasi e-Lembaga Peperiksaan elp.moe.gov.my.

Bagi yang berhasrat untuk memohon, anda dialu-alukan mengisi permohonan selewat-lewatnya pada 30 November ini.

No Image Caption

Sebagai info, terdapat beberapa kriteria diperlukan bagi yang berhasrat menjadi sukarelawan pengawas peperiksaan SPM 2024

Kategori pemohon:

1) Pesara Kerajaan (Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)

2) Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta, Institut Pendidikan Guru, Lepasan Asasi / Matrikulasi

Artikel Berkaitan:

3) Guru Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri / Sekolah Swasta / Maktab Rendah Sains Mara

4) Anggota Kumpulan Pelaksana / Pekerja Kontrak Kerajaan

5) Kakitangan Bukan Kerajaan / Pesara Kerajaan / Pesara Swasta

Syarat permohonan:

1) Warganegara Malaysia

2) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun

3) Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik

4) Bebas daripada sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah

5) Dalam daerah yang sama (tidak lebih 25km sehala)

6) Mempunyai pengangkutan sendiri

No Image Caption

Penawaran sebagai sukarelawan pengawas peperiksaan kepada orang awam adalah berdasarkan kriteria berikut:

1) Prinsip: Penawaran adalah berdasarkan kepada prinsip sukarelawan

2) Elaun: Elaun dibayar berdasarkan kepada jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa bagi bukan penjawat awam

3) Tugas: Bertugas sebagai pengawas peperiksaan sahaja

4) Lantikan: Lantikan adalah tertakluk kepada kekosongan dan syarat yang ditetapkan

No Image Caption

Tugas pengawas peperiksaan SPM

Senarai tugas yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan:

1) Membantu ketua pengawas peperiksaan mengawas perjalanan peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan

2) Membantu ketua pengawas peperiksaan untuk mengedar kertas peperiksaan dan/atau apa-apa bahan peperiksaan berdasarkan keperluan semasa

3) Membantu ketua pengawas peperiksaan memungut kertas peperiksaan, skrip jawapan peperiksaan, kertas jawapan objektif dan/atau apa-apa bahan peperiksaan

4) Mengawas calon peperiksaan untuk ke tandas dan masuk semula ke dewan atau bilik peperiksaan

5) Mengawas calon peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan sepanjang masa peperiksaan berlangsung

6) Membantu ketua pengawas peperiksaan berdasarkan arahan dari semasa ke semasa yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp