Untitled design (1)
Untitled design (1)

12,887 unit peranti pintar sudah diagih

Mariatul Qatiah Zakaria
06 Jun 2021 03:03pm
A
A
A

KUALA LUMPUR 6 JUN - Sebanyak 12,887 daripada 150,000 unit peranti pintar di bawah projek printis pembelajaran digital CERDIK sudah agihkan kepada 95 buah sekolah di seluruh negara melibatkan sejumlah 51 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata, pengagihan 40,290 unit lagi peranti dijangka selesai selewat-lewatnya 12 Jun ini.

“Baki 96,823 unit peranti pula dijangka selesai pada akhir September depan.

“Saya harap penjelasan ini dapat menjawab persoalan tentang agihan sebanyak 150,000 unit komputer riba yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan (KPM),” katanya pada sidang akhbar khas hari ini.

KPM sebelum ini menyasarkan sebanyak 150,000 murid kategori B40 akan menerima komputer riba dan akses internet selama setahun.

Sementara itu, TV Pendidikan yang dilancarkan pada 17 Februari lalu akan diteruskan seperti biasa dengan 15 jam waktu siaran setiap hari.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok