17 kolej matrikulasi KPM
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjaya mengikuti program matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengikuti pengajian di kolej matrikulasi yang telah ditetapkan.
Tujuan penubuhan institusi pendidikan tinggi KPM itu adalah membekalkan pelajar dengan pendidikan dan latihan bagi mempersiapkan diri mereka dengan pembelajaran di universiti.
Banyak kelebihan yang terdapat di kolej matrikulasi KPM antaranya fasiliti berkualiti, tenaga pengajar berpengalaman, reputasi dan prestasi pelajar yang baik, peluang meningkatkan diri serta proses pendaftaran mudah.
Sinar Bestari senaraikan sejumlah 17 kolej matrikulasi yang terdapat di Malaysia untuk rujukan ramai.
1) Kolej Matrikulasi Perlis
2) Kolej Matrikulasi Kedah
3) Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
4) Kolej MARA Kuala Nerang
5) Kolej MARA Kulim
6) Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
7) Kolej Matrikulasi Perak
8) Kolej Matrikulasi Selangor
9) Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
10) Kolej Matrikulasi Melaka
11) Kolej Matrikulasi Kelantan
12) Kolej Matrikulasi Pahang
13) Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
14) Kolej Matrikulasi Johor
15) Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
16) Kolej Matrikulasi Sarawak
17) Kolej Matrikulasi Labuan