Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM 2022 boleh dibuat melalui dua cara antaranya melalui pautan https://elp.moe.gov.my
Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM 2022 boleh dibuat melalui dua cara antaranya melalui pautan https://elp.moe.gov.my

17 soalan lazim penyemakan semula keputusan SPM 2022

ROSHLAWATY MD RAIEH
13 Jun 2023 05:49pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi akaun Facebook pada Selasa memuat naik koleksi soalan lazim berkaitan penyemakan semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022.

Dalam koleksi tersebut, sebanyak 17 soalan dipaparkan kepada umum khususnya untuk calon- calon SPM 2022 yang mungkin berhadapan pelbagai kemusykilan berhubung penyemakan semula keputusan peperiksaan terbabit.

Berikut Sinar Bestari senaraikan kesemua soalan lazim kepada adik-adik SPM di luar sana.

Semoga bermanfaat!

1) Bagaimanakah permohonan penyemakan semula keputusan dan semak semula/kes T peperiksaan SPM 2022 boleh dibuat?

Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM 2022 boleh dibuat melalui dua cara iaitu;

a) Melalui pautan https://elp.moe.gov.my

b) Mendaftarkan melalui portal e-Lembaga Peperiksaan (e-LP) yang boleh dimuat turun melalui Google Playstore untuk telefon pintar Android atau Apple Apps Store untuk telefon Iphone.

Artikel Berkaitan:

2) Apakah syarat untuk permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM 2022?

Syarat permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan adalah calon tidak berpuas hati dengan gred yang diperolehi.

3) Berapa lama tempoh permohonan penyemakan semula keputusan SPM 2022 dibuka?

Permohonan penyemakan semula keputusan SPM 2022 perlu dibuat dalam tempoh sebulan daripada tarikh pengeluaran keputusan iaitu mulai 8 Jun hingga 7 Julai 2023.

4) Adakah permohonan penyemakan semula keputusan ini dikenakan bayaran? Jika ada, berapa jumlahnya?

Ya, kadar bayaran penyemakan semula keputusan adalah RM100 bagi setiap mata pelajaran yang dimohon.

5) Adakah calon boleh membuat bayaran permohonan penyemakan semula keputusan secara tunai?

Tidak. Pembayaran penyemakan semula keputusan dibuat secara dalam talian sahaja melalui aplikasi e-LP.

6) Adakah permohonan penyemakan semula keputusan akan diproses jika calon tidak membuat bayaran semasa permohonan?

Tidak. Permohonan yang tidak disertakan dengan bayaran tidak akan diproses.

7) Adakah permohonan penyemakan semula keputusan bagi kes T akan dikenakan bayaran?

Tidak. Permohonan penyemakan semula keputusan bagi kes T tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

8) Apakah syarat untuk permohonan penyemakan semula keputusan bagi kes T peperiksaan SPM 2022?

Syarat permohonan penyemakan semula keputusan bagi kes T adalah calon hadir dan melaksanakan/menduduki semua kertas mata pelajaran berkenaan tetapi memperolehi gred T bagi mata pelajaran berkenaan.

9) Berapa lama tempoh masa untuk calon menerima keputusan permohonan penyemakan semula?

Keputusan permohonan penyemakan semula akan dikeluarkan dalam tempoh sebulan daripada tarikh permohonan.

10) Bagaimanakah keputusan penyemakan semula dimaklumkan kepada calon?

Keputusan permohonan penyemakan semula akan dimaklumkan melalui kaedah berikut;

a) Melalui emel

b) Menyemak keputusan secara dalam talian melalui e-LP

11) Berapa lama tempoh untuk calon mengetahui keputusan penyemakan semula bagi kes T?

Keputusan permohonan semula bagi kes T akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan.

12) Bagaimanakah calon boleh mendapatkan slip keputusan yang baharu?

Jika keputusan penyemakan peperiksaan didapati BERUBAH, tindakan calon adalah seperti berikut;

a) Calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu melalui sekolah masing-masing.

b) Calon persendirian boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu di Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat calon mendaftar.

13) Bolehkah calon memohon semakan semula selepas mendapat keputusan kes T?

Boleh. Calon perlu menghubungi Lembaga Peperiksaan dan memberikan maklumat lengkap seperti;

a) Nama penuh

b) Angka giliran

c) Nombor kad pengenalan

d) Alamat emel

Pegawai bertugas akan menghubungi semula calon bagi tindakan atau proses selanjutnya.

14) Bolehkah calon memohon semak semula kali kedua setelah keputusan dikeluarkan?

Tidak. Permohonan semak semula hanya dibenarkan sekali sahaja bagi setiap mata pelajaran.

15) Bolehkah calon membatalkan permohonan penyemakan semula keputusan SPM 2022 yang telah dimohon secara dalam talian?

Tidak. Permohonan yang telah dikemukakan secara dalam talian akan diproses sebaik sahaja permohonan diterima.

16) Bolehkah calon menambah bilangan mata pelajaran permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM 2022?

Boleh. Calon boleh menambah mata pelajaran untuk penyemakan semula keputusan melalui permohonan sedia ada di eLP.

17) Bilakah tarikh tamat pendaftaran SPM Ulangan (SPMU) 2023?

Tarikh tamat untuk pendaftaran SPMU Tahun 2023 adalah pada 16 Jun 2023. Calon persendirian SPM 2022 dikecualikan Caj Lewat Daftar sebanyak RM150, tidak termasuk bayaran asas dan bayaran mata pelajaran.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok