Semoga anda berjaya menempuhi SPM dengan kejayaan cemerlang. Kredit foto: Bernama.
Semoga anda berjaya menempuhi SPM dengan kejayaan cemerlang. Kredit foto: Bernama.

Kata-kata motivasi buat calon SPM 2023

ROSHLAWATY MD RAIEH
31 Jan 2024 12:16pm
A
A
A

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 sedang berlangsung hingga 7 Mac 2024.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), peperiksaan dimulai dengan Ujian Amali Sains, Ujian Bertutur Bahasa Melayu, Ujian Bertutur Bahasa Inggeris, Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta terakhir Ujian Bertulis.

Ketika ini, semua calon SPM 2023 pasti berdebar, gelisah dan takut menghadapi peperiksaan tersebut.

Bagaimanapun perlu diingatkan semua perasaan berkenaan lumrah kepada pelajar SPM.

Yang pasti, setiap usaha dan persediaan dilakukan akan memberi hasil baik kelak.

Sebagai membantu calon yang mungkin memerlukan semangat sepanjang peperiksaan berlangsung, di sini Sinar Bestari senaraikan kata-kata motivasi hasil perkongsian guru-guru hebat kita.

1) "Lakukanlah apa sahaja usaha dengan bersungguh-sungguh pada hari ini, nescaya anda akan berterima kasih atas usaha anda pada masa hadapan. Kejayaan adalah milik bagi semua yang berusaha."

- Guru Perpustakaan dan Media Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dusun Nanding, Hulu Langat, Selangor, Cikgu Royati Abdul Saha

Artikel Berkaitan:

Cikgu Royati
Cikgu Royati

2) Buat semua pelajar yang menduduki SPM

(a) Yakin bahawa segala ilmu yang dipelajari telah ada di sudut minda. Gunakan segala ilmu yang ada untuk menjawab soalan sebaik mungkin.

(b) Jangan takut dengan soalan. Sentiasa tenang. Ketenangan adalah kunci untuk menjawab soalan dengan baik.

(c) Sentiasa berfikiran positif sepanjang minggu peperiksaan. Jangan mudah terpengaruh dengan isu-isu seperti soalan sukar, soalan ramalan. Percaya bahawa 'saya boleh jawab apa sahaja soalan yang bakal keluar'

(d) Mohon doa dan minta restu dari ibu bapa dan guru agar dipermudahkan sepanjang menghadapi peperiksaan.

- Guru Cemerlang Biologi SMK Bagan Terap, Selangor, Cikgu Norafiza Razilah

Cikgu Norafiza
Cikgu Norafiza

3) "Terjemahkanlah segala ilmu yang dipelajari dengan memberikan jawapan yang tepat. Anda seorang anak dan seorang pelajar yang hebat. Anda mampu menjadikan SPM ini sebagai perintis menerokai jalan ke puncak menara gading. Yakin diri. Percayalah bahawa anda mampu cemerlang dalam SPM. Anda telah berusaha. Banyakkan berdoa dan sentiasa percayakan kepada kemampuan diri sendiri. Masa depan anda jelas di hadapan. Ayuh....kejayaan bermula sekarang. Kecemerlangan SPM milik anda. Anda hebat. Anda terbaik."

– Guru Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan (SK) Tenglu, Mersing, Johor, Cikgu Roslee Abdul @ Mohd

Cikgu Roslee
Cikgu Roslee

4) "Kepada semua calon SPM 2023, perjuangan kita selama lima tahun sudah sampai di kemuncaknya. Telah tiba masanya untuk kita serlahkan hasil penat lelah dan pengorbanan yang telah ditempuhi selama lima tahun yang penuh dengan cabaran dan keperitan. Biarlah kejayaan yang bakal digapai menjadi titik permulaan bagi jihad kita dalam merealisasikan impian duniawi, ukhrawi dan iltizam Anak Yang Baik lagi Cerdik (ABC). Hargai semua insan berjasa iaitu ibu ayah, para guru dan komuniti yang telah bersama-sama mengharunginya tanpa rasa jemu dan lelah untuk memastikan kejayaan cemerlang milik kita."

– Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Selangor, Bonda Siti

Bonda Siti
Bonda Siti

5) "Semoga anak-anak kekal bersemangat untuk terus berusaha tanpa putus asa, dikurniakan ketenangan dan ingatan yang tajam, dilapangkan dada, direzekikan dengan kefahaman dan kemudahan untuk menjawab semua soalan SPM dengan cemerlang seterusnya memperoleh keputusan SPM yang cemerlang. Semoga anak-anak berjaya di dunia dan di akhirat. Selamat maju jaya dalam SPM. Anda semua boleh!

– Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional SAMBEST, Cikgu Nor Rohaizad Bustaman

Cikgu Nor Rohaizad
Cikgu Nor Rohaizad

6) "Lupakan keperitan demi manisnya sebuah kejayaan yang pasti melenyapkan segala kelelahan sepanjang meniti titi perjuangan yang penuh dengan onak dan cabaran. Teruskan perjuangan sehingga ke titisan dakwat pena terakhir berbekalkan usaha, doa dan tawakal. Kejayaan pasti milik anda."

– Guru SAMBEST merangkap Setiausaha Peperiksaan SPM, Ustaz Mohd Fahmi M Noor

Ustaz Mohd Fahmi
Ustaz Mohd Fahmi

7) "Selamat Maju Jaya dalam peperiksaan SPM 2023 kepada semua calon seluruh negara. Anda semua boleh melakukan yang TERBAIK. Insya-ALLAH kejayaan menjadi milik anda semua. Sukses dan berjaya dunia akhirat."

– Penolong Kanan Kokurikulum SK USJ 2, Subang Jaya, Selangor, Cikgu Huzam Helmi Hamzah

Cikgu Huzam Helmi
Cikgu Huzam Helmi

8) "Perjuangan di alam persekolahan bakal berakhir. Berikan satu impak yang terbaik buat diri sendiri, ibu bapa, rakan guru dan kehidupan anda sendiri. Yakinlah setiap keringat yang telah anda perjuangkan sebelum ini adalah semata-mata untuk masa depan sendiri. Semoga mampu berdiri megah dan bangga dengan memberikan yang terbaik dalam SPM ini. Ingatlah wahai para pewaris ilmu. Pendidikan adalah kunci kehidupan. Dengan setiap halaman buku yang dipelajari itu pasti akan membuka pintu kejayaan dan peluang yang seluas-luasnya."

– Guru Bahasa Melayu SK Batu Melintang, Jeli, Kelantan, Cikgu Ahmad Safarman Dollah

Cikgu Ahmad Safarman
Cikgu Ahmad Safarman

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok