Biasiswa dianugerahkan kepada pelajar berdasarkan merit, pencapaian akademik, bakat khas, hobi atau kriteria-kriteria ditetapkan organisasi yang memberi sumbangan tersebut.
Biasiswa dianugerahkan kepada pelajar berdasarkan merit, pencapaian akademik, bakat khas, hobi atau kriteria-kriteria ditetapkan organisasi yang memberi sumbangan tersebut.

20 biasiswa untuk pelajar lepasan SPM ke luar negara

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
29 May 2024 12:04pm

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pastinya tercari-cari senarai biasiswa yang boleh dimohon untuk mereka melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Bagi mendapatkan info tersebut, para pelajar dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan tarikh tutup permohonan bagi setiap biasiswa.

Pemohon juga perlu memastikan mereka memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan badan pemberi biasiswa.

Sebagai makluman anda, biasiswa dianugerahkan kepada pelajar berdasarkan merit, pencapaian akademik, bakat khas, hobi atau kriteria-kriteria ditetapkan organisasi yang memberi sumbangan tersebut.

Ada juga biasiswa yang diberikan berdasarkan keperluan dan keistimewaan yang dimiliki pelajar berkenaan.

No Image Caption

Hari ini, Sinar Bestari kongsikan nama-nama biasiswa yang boleh dimohon lepasan SPM 2023.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anak-anak muda dalam hal berkaitan biasiswa.

Artikel Berkaitan:

1) Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Ditawarkan oleh JPA untuk pelajar cemerlang melanjutkan pengajian di universiti-universiti terkemuka di luar negara.

2) Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Diberikan Yayasan TNB untuk pelajar cemerlang melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik, mekanikal dan teknologi maklumat di universiti luar negara.

3) Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM)

Bank Negara menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang dalam bidang ekonomi, perbankan, kewangan dan sains komputer di universiti terkemuka di luar negara.

4) Biasiswa Petronas

Ditawarkan Petronas dalam jurusan kejuruteraan, teknologi, sains dan perniagaan di universiti luar negara terkemuka.

5) Biasiswa Yayasan Sime Darby

Ditawarkan Yayasan Sime Darby kepada pelajar cemerlang dalam bidang pertanian, kejuruteraan, perniagaan dan sains alam sekitar di luar negara.

6) Biasiswa Asean Scholarships

Biasiswa yang ditawarkan kerajaan Singapura untuk pelajar-pelajar cemerlang dari negara-negara ASEAN termasuk Malaysia, untuk melanjutkan pengajian peringkat pra-universiti dan universiti di Singapura.

No Image Caption

7) Biasiswa Shell Malaysia

Untuk pelajar cemerlang melanjutkan pembelajaran dalam bidang kejuruteraan, geosains dan perniagaan di luar negara.

8) Biasiswa Khazanah Global

Disediakan Yayasan Khazanah dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

9) Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (Mara)

Diberikan kepada pelajar Bumiputera yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara dalam pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan dan perakaunan.

10) Biasiswa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Biasiswa ini diberikan kepada pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah untuk melanjutkan pengajian di universiti luar negara dalam pelbagai bidang.

11) Biasiswa Yayasan UEM

Biasiswa ini untuk mereka yang melanjutkan pengajian kejuruteraan, perakaunan dan pengurusan di universiti luar negara.

12) Biasiswa Top Glove

Ditawarkan Top Glove kepada mereka yang mengikuti jurusan kejuruteraan, perakaunan, perniagaan dan sains.

13) Biasiswa CIMB Group

CIMB menawarkan biasiswa mereka dalam bidang kewangan, perbankan, ekonomi dan perniagaan di universiti terkemuka luar negara. Ia merangkumi yuran pengajian, kos sara hidup dan elaun buku.

No Image Caption

14) Biasiswa Maybank

Maybank menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang dalam jurusan perbankan, kewangan, perniagaan dan sains komputer di luar negara. Biasiswa ini meliputi yuran pengajian, kos sara hidup dan elaun tambahan.

15) Biasiswa OCBC Bank

OCBC menawarkan biasiswa dalam jurusan kewangan, perbankan dan perakauan di luar negara serta merangkumi yuran pengajian, elaun sara hidup dan kos lain yang berkaitan.

16) Biasiswa RHB Bank

Biasiswa disediakan RHB Bank ini meliputi yuran pengajian, kos sara hidup dan elaun buku bagi pelajar cemerlang dalam bidang kewangan, perbankan, perniagaan dan teknologi maklumat di luar negara.

17) Biasiswa Hong Leong Bank

Menawarkan biasiswa pada jurusan kewangan, perbankan, perniagaan dan teknologi serta meliputi yuran pengajian, kos sara hidup dan elaun tambahan.

18) Biasiswa Affin Bank

Disediakan untuk pelajar cemerlang yang mengikuti bidang kewangan, perbankan, perniagaan dan sains komputer di luar negara. Turut ditawarkan yuran pengajian, kos sara hidup dan elaun buku.

No Image Caption

19) Biasiswa Bank Rakyat

Jurusan perbankan, kewangan, perniagaan dan teknologi di universiti luar negara. Biasiswa ini meliputi yuran pengajian, kos sara hidup dan elaun tambahan.

20) Biasiswa Standard Chartered Bank

Khusus untuk pelajar cemerlang dalam bidang perbankan, kewangan, perniagaan dan sains komputer di luar negara. Turut dibiayai yuran pengajian, kos sara hidup dan elaun tambahan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp