Sebahagian KSU yang pernah berkhidmat dengan KPM. Gambar kanan: KSU KPM baharu, Ruji.
Sebahagian KSU yang pernah berkhidmat dengan KPM. Gambar kanan: KSU KPM baharu, Ruji.

20 individu hebat galas jawatan Ketua Setiausaha KPM

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
06 Sep 2024 05:51pm

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan sebuah kementerian yang berperanan membangunkan dan mengurus sistem pendidikan di Malaysia.

Ketika ini, jawatan Menteri Pendidikan disandang Fadhlina Sidek sejak Disember 2022.

Pengalaman sebagai aktivis dan peguam dalam undang-undang keluarga Islam serta hal kebajikan kanak-kanak, dilihat membantu Fadhlina melaksanakan tugasnya dengan baik sebagai Menteri Pendidikan.

Dalam carta organisasi KPM, kedudukan tertinggi diketuai Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan.

Diikuti Ketua Setiausaha (KSU), Ketua Pengarah Pendidikan serta jawatan seterusnya.

Lantikan KSU baharu berkuat kuasa 5 September 2024 dipegang anak jati Tawau, Sabah, Datuk Ruji Ubi.

Beliau menggantikan Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) kerana Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Azman Ibrahim bakal menjadi KSU Kementerian Kerja Raya (KKR).

Selain beliau (Ruji), beberapa individu berkaliber pernah menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai KSU dengan penuh dedikasi dan kesungguhan.

Artikel Berkaitan:

Sinar Bestari senaraikan nama-nama KSU (fakta berdasarkan portal KPM) yang cekap memikul tanggungjawab masing-masing.

1) T Eames Hughes (1960-1963)

2) Abdullah Sahat (1963)

3) Abdul Aziz Yeop (1965 - 1967)

4) Datuk Syed Zahirrudin Syed Hassan (1967 - 1972)

5) Tan Sri Sheikh Hussien Sheikh Muhamad (1973 - 1974)

6) Datuk Abdul Kadir Talib (1974 - 1977)

7) Tan Sri Othman Abdul Malek (1977 - 1986)

8) Datuk Abdul Latif Sahan (1987 - 1991)

9) Tan Sri Datuk Mohd Noordin Hassan (1992 - 1994)

10) Tan Sri Datuk Dr Johari Mat (1994 - 2001)

11) Tan Sri Datuk Ambrin Bujang (2001 - 2006)

12) Tan Sri Dr Zulkurnain Awang (2006-2010)

13) Datuk Dr Rosli Mohamed (2010 - 2013)

14) Profesor Datuk Dr Ir Zaini Ujang (2013-2015)

15) Tan Sri Dr Madinah Mohamad (2013 - 2016)

16) Datuk Sri Alias Ahmad (2016 - 2018)

17) Datuk Dr Mohd Ghazali Abas (2018 - 2020)

18) Datuk Yusran Shah Mohd Yusof (2020 - 2023)

19) Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi (2023 - 2024)

20) Datuk Ruji Ubi (kini)

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp