21,000 murid terima kit penjagaan kebersihan diri, peralatan sekolah daripada Yayasan Petronas
21,000 murid terima kit penjagaan kebersihan diri, peralatan sekolah daripada Yayasan Petronas

21,000 murid terima kit penjagaan kebersihan diri, peralatan sekolah daripada Yayasan Petronas

webadmin
16 Mar 2021 08:59am
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yayasan Petronas akan menyediakan kit penjagaan kebersihan diri dan peralatan sekolah kepada 21,000 murid sekolah rendah daripada keluarga berpendapatan rendah menerusi program ‘Kembali ke sekolah 2021’ (BTS 2021).

Yayasan itu dalam satu kenyataan menyatakan, kit penjagaan kebersihan diri dan peralatan sekolah itu akan diedarkan ke sekolah-sekolah di Johor, Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu, dari 8 hingga 24 Mac.

"Menerusi program itu, sejumlah 21,000 murid masing-masing akan menerima dua unit pelitup muka tiga lapis boleh guna semula, tuala kecil, satu kotak sabun, beg sekolah, bekas air, buku aktiviti pelajar, bekas pensil dan alat tulis, selain dua set pakaian seragam dan sepasang kasut dan stoking,” katanya.

Sebagai tambahan bagi membantu murid-murid kembali ke sekolah dengan mudah, Yayasan Petronas dengan kerjasama Kementerian Pelajaran akan menyediakan guru-guru di sekolah berkenaan dengan pelan pembelajaran bagi memupuk penjagaan kebersihan diri dalam kalangan murid sekolah rendah tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas, Nelly Francis Shariah berkata, matlamat program BTS itu adalah konsisten sejak Petronas memulakan program itu 18 tahun lepas, dan ia bertujuan untuk mengurangkan masalah yang sering dihadapi keluarga berpendapatan rendah, iaitu kos membeli peralatan sekolah.

"Bagaimanapun kami mengambil langkah tambahan tahun ini, dengan menyediakan kit penjagaan kebersihan diri supaya pelajar boleh kekal selamat dan menyesuaikan diri kepada norma baharu, apabila mereka kembali ke sekolah.

“Sebagai tambahan, kami juga mahu memastikan kami menekankan dua faktor penting - kepentingan peranan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Mematik (STEM) dalam menyediakan anak-anak kita untuk masa hadapan, dan peranan guru dalam menginspirasikan pelajar-pelajar mereka,” katanya dalam kenyataan tersebut.

BTS 2021 akan berterusan sehingga hujung bulan di seluruh negara dengan sokongan kakitangan Petronas yang juga mengambil inisiatif untuk meletakkan nota penggalakan kepada pelajar untuk memotivasikan mereka dalam pelajaran mereka, menerusi saluran media sosial Yayasan Petronas - BERNAMA

Artikel menarik

Ini yang pelajar Tingkatan Lima buat selepas berakhirnya SPM, netizen terkejut dan tak percaya

Senarai tugas guru kelas di sekolah, cikgu yang berkaitan boleh jadikan ini sebagai panduan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok