Solat jenazah adik Amin dan ibunya dilaksanakan di Masjid Teluk Pasu pada Rabu. Foto: Facebook Ustaz Ahmad Shah Muhamed
Solat jenazah adik Amin dan ibunya dilaksanakan di Masjid Teluk Pasu pada Rabu. Foto: Facebook Ustaz Ahmad Shah Muhamed

'Masya-ALLAH, ramainya yang hadir solat jenazah adik Amin dan ibu. Pasti mereka sangat disayangi ramai'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
03 Jul 2025 04:26pm

Ramai yang hadir menunaikan solat jenazah untuk murid Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Jannah, Kampung Tanjung Bunut, Kuala Terengganu, Terengganu, Muhammad Al Amin Khairul Syahmi, 5, dan ibunya, Isnaini Mohd, 42.

Suasana pilu itu dapat disaksikan menerusi perkongsian di Facebook Ustaz Ahmad Shah Muhamed, di mana beliau memuat naik foto dan video jemaah dari pelbagai peringkat usia iaitu kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas pada Rabu. 

Ustaz Ahmad Shah yang merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri Terengganu memaklumkan, kedua-dua jenazah disembahyangkan di Masjid Teluk Pasu.

Foto: Facebook Ustaz Ahmad Shah Muhamed
Foto: Facebook Ustaz Ahmad Shah Muhamed

"Ayahnya (Khairul Syahmi Mat Hassan, 49) yang terselamat dari kemalangan turut hadir untuk menunaikan solat jenazah bersama para jemaah. Langit mendung pagi ini seakan mengerti akan kehilangan besar ini.

"Semoga roh kedua-duanya dikurniakan keampunan dan rahmat ALLAH serta ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

"Moga keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan, ketabahan dan reda atas pemergian insan tersayang," tulisnya di Facebook.

Artikel Berkaitan:

Foto: Facebook Ustaz Ahmad Shah Muhamed
Foto: Facebook Ustaz Ahmad Shah Muhamed

Sebelum ini, Sinar Bestari melaporkan tentang pemergian adik Amin dan ibunya susulan kemalangan pada petang Selasa.

Mereka maut manakala Khairul Syahmi parah selepas lori dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di Kilometer 362.9 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2).

Foto: Facebook Ustaz Ahmad Shah Muhamed
Foto: Facebook Ustaz Ahmad Shah Muhamed

Foto: Facebook Ustaz Ahmad Shah Muhamed
Foto: Facebook Ustaz Ahmad Shah Muhamed

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp