Wesak merupakan hari terpenting bagi masyarakat beragama Buddha kerana ia memperingati tokoh agama, Siddharta Gautama Buddha.
Wesak merupakan hari terpenting bagi masyarakat beragama Buddha kerana ia memperingati tokoh agama, Siddharta Gautama Buddha.

22 Mei cuti umum!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
20 May 2024 02:46pm

Hari Wesak 2024 yang jatuh pada 22 Mei ini merupakan cuti umum bagi seluruh negeri di Malaysia.

Ini bermakna, semua sekolah akan ditutup dan guru serta pelajar boleh merehatkan fikiran dan minda di rumah masing-masing.

Bagaimanapun, jika ada dalam kalangan warga sekolah yang ingin bercuti sempena Hari Kelepasan Am ini, anda bolehlah merancang aktiviti percutian sebaik mungkin.

Sebagai info, Hari Vesak atau lebih dikenali Wesak merupakan hari terpenting bagi masyarakat beragama Buddha kerana ia memperingati tokoh agama, Siddharta Gautama Buddha.

Wesak berasal daripada perkataan Pali iaitu Vesakha manakala dalam bahasa Sanskrit pula, ia disebut sebagai Vaisakha, yang merupakan nama bulan dalam kalendar Hindu.

Ia turut mempunyai maksud iaitu menandakan masuknya bulan kelima.

Hari Wesak turut menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Buddha iaitu kelahiran, pencerahan dan kematian tokoh agama itu.

Semasa ulang tahun kelahirannya, beliau mendapat pencerahan agung dan telah menjadi seorang Buddha.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut mengembara di utara India untuk mengembangkan ajarannya selama 45 tahun selepas berlaku pencerahan itu.

Antara peristiwa yang lain, Buddha juga dikatakan meninggal dunia dalam bulan tersebut.

Selama 45 tahun berikutnya, Buddha telah mengembara di utara India untuk menyampaikan ajaran tentang kasih sejati terhadap semua makhluk hidup serta kesedaran tentang sifat sebenar kewujudan.

Justeru, adalah penting untuk penganut Buddha memperingati Hari Wesak susulan dengan tiga peristiwa yang berlaku melibatkan tokoh agama mereka.

Sejurus Hari Wesak, guru dan pelajar akan bercuti sempena Cuti Penggal 1 Sesi 2024/2025 yang bermula 24 Mei dan 25 Mei mengikut kumpulan masing-masing.

Bagi Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu), mereka mula bercuti pada 24 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024 selama 10 hari.

Manakala Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya), cuti bermula 25 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024 iaitu 9 hari.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp