Johan, naib johan dan tempat ketiga pertandingan Glam Busana 3R bergambar bersama Ramli serta Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin.
Johan, naib johan dan tempat ketiga pertandingan Glam Busana 3R bergambar bersama Ramli serta Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin.

24 peserta peraga baju bertemakan kitar semula

Inovasi sampah kepada fesyen ala ‘Versace’ menerusi Glam Busana 3R KDEBWM

30 Jul 2025 12:06pm

Pertandingan Glam Busana 3R anjuran Sinar Bestari dan Sinar Harian dengan kerjasama KDEB Waste Management (KDEBWM) pada Jumaat, mencipta satu lagi penanda aras dalam menginovasikan sampah kepada fesyen secara kreatif serta penuh makna.

Pengarah Urusan KDEBWM, Datuk Ramli Mohd Tahir berkata, sejumlah 24 wakil sekolah rendah dan menengah yang mengambil bahagian bukan sahaja berjaya menghasilkan busana menarik, malah turut memperagakannya dengan sangat baik.

Sebagai syarikat pengurusan sisa domestik di Selangor, menurut Ramli, sudah menjadi tanggungjawab KDEBWM untuk mengubah mentaliti masyarakat setempat bahawa sampah tidak semestinya kotor, ada juga yang bersih dan boleh digunakan semula.

“Kalau dari segi fesyen, saya lihat kostum peragaan pelajar yang menyertai Glam Busana 3R, semuanya cantik setanding rekaan fesyen antarabangsa.

“Saya kagum dengan penganjuran program ini. Jika kita berupaya ubah minda tentang sampah bukanlah satu bahan kotor, ini bermakna kita dapat ubah maksud ‘sisa bukan kotor, tetapi ia duit dan memiliki nilai’.

 “Saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada ibu bapa, guru-dan pelajar yang menyertai pertandingan ini serta sudi hadir memeriahkan Karnival Siang Malam Karangkraf 2025,” katanya ketika menyampaikan ucapan penutup, di sini pada Jumaat.

Gelagat peserta pertandingan memperagakan busana unik masing-masing.
Gelagat peserta pertandingan memperagakan busana unik masing-masing.

Artikel Berkaitan:

Ramli turut berpandangan, program sedemikian mampu menjadi batu loncatan kepada pelajar yang ingin menceburi bidang fesyen suatu hari nanti, dalam masa sama mengaplikasikan amalan 3R melalui busana rekaan tersendiri.

Tambahnya, KDEBWM amat menyokong usaha ke arah kelestarian dan kemampanan sepertimana dianjurkan Sinar Harian, malah tidak menolak sekiranya kerjasama sebegitu diadakan lagi pada masa akan datang.

Seramai 24 peserta mewakili sekolah rendah dan menengah memperagakan baju bertemakan kitar semula bagi merebut gelaran johan sekali gus membawa pulang hadiah bernilai RM3,000 manakala naib johan RM2,000 serta tempat ketiga RM1,000, kesemuanya turut menerima trofi bersama sijil penyertaan.

Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Dato’ Mufti Yusof Sahabuddin berjaya merangkul johan, manakala naib johan Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang.

Ketika ditanya tentang perasaan selepas menjuarai pertandingan Glam Busana 3R, KDEBWM, guru pengiring SRAI Dato’ Mufti Yusof Sahabuddin, Munalisa Abd Rahman berpendapat, ia seperti mimpi di siang hari kerana tidak menyangka usaha mencantikkan busana selama 10 hari membuahkan hasil.

Ramli turut berpandangan, program sedemikian mampu menjadi batu loncatan kepada pelajar yang ingin menceburi bidang fesyen suatu hari mengaplikasikan amalan 3R melalui busana rekaan tersendiri.

Tambahnya, KDEBWM amat menyokong usaha ke arah kelestarian dan kemampanan sepertimana , malah tidak menolak sekiranya kerjasama sebegitu diadakan lagi pada masa akan datang.

Seramai 24 peserta mewakili sekolah rendah dan menengah memperagakan baju bertemakan kitar semula bagi merebut gelaran johan sekali RM2,000 serta tempat ketiga RM1,000, kesemuanya turut menerima trofi bersama sijil penyertaan.

Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Dato’ Mufti Yusof Sahabuddin berjaya merangkul johan, manakala naib johan Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang.

No Image Caption

Ketika ditanya tentang perasaan selepas menjuarai pertandingan Glam Busana 3R, KDEBWM, guru pengiring SRAI Dato’ Mufti Yusof Sahabuddin, Munalisa Abd Rahman berpendapat, ia seperti mimpi di siang hari kerana tidak menyangka usaha mencantikkan busana selama 10 hari membuahkan hasil.

Jelasnya, ia bukan penyertaan kali pertama memandangkan anak muridnya, Allysha Raihana Allashari, 7, pernah memenangi tempat pertama pertandingan pakaian seram paling kreatif ketika Festival Seram Buku Prima 2024.

“Sejujurnya memang seronok dan tak sangka busana kami boleh menang. Sebelum ini pernah sertai pertandingan anjuran Karangkraf juga, jadi kali ini ada kenalan yang mesej untuk tanya sama ada kami berminat atau tak.

“Jadi, memandangkan kali ini penyertaan dibuka untuk kategori sekolah rendah, saya selaku guru pengiring tampilkan Allysha Raihana sebagai model dan Nur Zara Arissa Mohd Faisal,11 yang menyampaikan konsep busana.

 “Saya pun cuba nasib dan Alhamdulillah menang, padahal mula-mula kami semua tak sangka kerana busana peserta sekolah lain sangat kreatif,” jelasnya.

Sementara itu, Editor Eksekutif Gaya Hidup dan Hiburan Sinar Harian, Meen Tahrin berpandangan, pihaknya selaku ketua juri menitikberatkan busana yang berjaya menampilkan sisi glamor, namun dalam masa sama menepati kriteria utama penjurian iaitu menggunakan bahan mentah hasil ‘reuse, reduce, recycle’.

Katanya lagi, gaya penyampaian yakin dan bersahaja disusuli mesej yang jelas cukup membuatkan juri dan penonton terpukau.

“Busana kitar semula bermaksud menggunakan bahan buangan yang mentah, bukannya beli bahan baharu untuk dijadikan fesyen, ia bukan semata-mata terlihat cantik atau berseni.

“Pemilihan pemenang dari segi pakaiannya menepati tema 3R, cantik, penceritaan tidak meleret, gaya penyampaian meyakinkan dan mesejnya mudah untuk difahami,” ujar Meen lagi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp