Keadaan udara di Bangkok, pada 24 Januari 2025. Foto: Reuters
Keadaan udara di Bangkok, pada 24 Januari 2025. Foto: Reuters

352 sekolah ditutup akibat pencemaran udara

24 Jan 2025 06:03pm

Sebanyak 352 sekolah ditutup akibat berlakunya pencemaran udara di Bangkok, Thailand pada Jumaat.

Menurut pihak berkuasa bandar raya, 352 sekolah di 31 daerah ditutup kerana paras PM2.5 yang tinggi dengan lebih 250 sekolah ditutup sehari sebelumnya.

"Pencemaran udara ini disebabkan oleh asap pembakaran tanaman dan asap kenderaan yang meningkat pada musim sejuk.

"Paras PM2.5 di Bangkok mencapai 108 mikrogram setiap meter padu, jauh melebihi had yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia,” katanya.

Terdahulu, Bangkok disenaraikan sebagai bandar raya utama ketujuh paling tercemar di dunia oleh pemantau kualiti udara, IQAir.

Pencemaran udara bermusim yang sering melanda Thailand kini menutup banyak sekolah sejak 2020.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp