273028374_500420241442602_5116727531403778564_n
273028374_500420241442602_5116727531403778564_n

53,382 pelajar terima sumbangan pelitup dan pelindung muka daripada YSIJ

Adlan Farhan Azwan
14 Feb 2022 06:14pm
A
A
A

Johor Bahru - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan kerjasama secara berterusan bersama Yayasan Temasek dari Singapura menyumbangkan pelitup dan pelindung muka kepada 53,382 pelajar di Johor yang akan menduduki peperiksaan awam sesi 2021.

Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Datuk Avinderjit Singh berkata, pihaknya dimaklumkan kesemua pelajar berkenaan akan menduduki peperiksaan awam bagi sesi 2021 yang dijadualkan bermula pada bulan depan.

Menurutnya,Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar amat menitikberatkan kesejahteraan serta kesihatan pelajar-pelajar dan juga guru.

Baca juga

Serdang Angels UPM terus cakna, hulur sumbangan kepada universiti menerusi 3 saluran

UMT terima sumbangan zakat RM1.3 juta, manfaatkan 2,279 pelajar asnaf

“Oleh demikian, YSIJ dengan kerjasama Yayasan Temasek menyumbangkan pelitup dan pelindung muka kepada keseluruhan pelajar dan guru yang terlibat.

“Ini bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 selain sebagai langkah pencegahan demi memastikan kesejahteraan serta kesihatan pelajar dan golongan pendidik sebagaimana yang sentiasa dititikberatkan baginda,” katanya kepada Royal Press Office (RPO) pada Isnin.

Sumbangan disampaikan Datuk Avinderjit Singh kepada Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Murid, Jabatan Pendidikan Johor, Omar Salleh dengan diiringi Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Fadhly Suffian Laili di Jabatan Pendidikan Johor, Johor Bahru, di sini.

Sementara itu, Omar berkata, beliau amat menghargai sumbangan daripada YSIJ dan Yayasan Temasek yang secara berterusan memberikan sokongan serta bantuan kepada murid dan pelajar sekolah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Bantuan ini akan kita serahkan kepada setiap Pejabat Pendidikan Daerah sebelum disampaikan kepada pelajar dan guru,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok