WhatsApp Image 2022-02-09 at 9.12.18 PM
WhatsApp Image 2022-02-09 at 9.12.18 PM

Serdang Angels UPM terus cakna, hulur sumbangan kepada universiti menerusi 3 saluran

Adlan Farhan Azwan
10 Feb 2022 02:19pm
A
A
A

SERDANG - Keperihatinan Alumni Serdang Angels dari Universiti Putra Malaysia (UPM) diteruskan dengan menyumbang semula kepada alma mater melalui tiga saluran, baru-baru ini.

Sumbangan dibuat menerusi tabung 1 Alumni 1 Sumbangan Ringgit (1A1SR), melalui alumni scholarship dan juga Putra Cakna: Alumni Care Heart to Heart (H2H).

Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Profesor Madya Dr Arba’ie Sujud bekata, pihaknya menyambut baik setiap sumbangan yang diberikan oleh alumni dalam kebersamaan membantu para pelajar dan universiti mencapai kecemerlangan akademik.

Baca juga

Kerjasama BJIM USM dan TERAJU perkasakan produk gula apong

Pernas anjur Program Jejak Cemerlang, sasar peningkatan keputusan cemerlang pelajar SMK Seri Pantai

“Peranan alumni kepada alma mater adalah berterusan untuk bersama meletakkan institusi yang disayangi pada tahap terbaik menerusi graduan cemerlang akademik dan kokurikulumnya,” katanya.

Dalam pada itu, bersempena dengan Program Menggamit Seribu Kenangan: Alumni Reunion (MEKAR), UPM turut mengadakan Kejohanan Ragbi Sentuh Piala Hamdan, pada penghujung Januari lalu.

“Kejohanan Ragbi Sentuh Piala Hamdan 2022 merupakan hasil kerja alumni Serdang Angels khususnya graduan sekitar tahun 90-an bagi memberikan penghormatan selain memperingati jasa serta nilai yang diterap dan ditinggalkan oleh Allahyarham Norsuhaimy Jamaludin atau lebih dikenali sebagai Hamdan.

“Beliau merupakan seorang kapten beberapa pasukan Serdang Angels dan amat kukuh prinsip sepasukannya, profesionalismenya serta persahabatannya,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail memberikan peranti kepada Wan Muhammad Aiman Wan Mohd Marzuki hasil sumbangan daripada alumni Serdang Angels.

Pada program ini juga menyaksikan pelajar UPM, Wan Muhammad Aiman Wan Mohd Marzuki yang telah menerima sumbangan peranti daripada alumni Serdang Angels.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail; Mantan Pengerusi Pusat Kecemerlangan Sukan Ragbi UPM, Dr Saidun Amri dan Presiden Malaysia Touch Association, Ahmad Sufiani Johari.

Sementara itu, Syed Razlan berkata, beliau amat mengalu-alukan sumbangan daripada alumni kepada alma mater khususnya dalam membantu pelajar yang memerlukan terutamanya dalam bentuk peranti dan juga biasiswa alumni.

“Peranan alumni dalam bersama-sama menjayakan visi dan misi universiti sangatlah dituntut supaya kita semua dapat seiring menuju kejayaan dalam bidang pendidikan tinggi di Malaysia,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok