Untitled design (39)
Untitled design (39)

68 graduan dirai dalam Majlis Graduasi Ibubapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak (IMPAK)

Azleenda Sahaludin
30 Nov 2022 05:26pm
A
A
A

Seramai 68 graduan diraikan sempena Majlis Graduasi Ibubapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak (IMPAK) Kuala Lumpur 2022 di Dewan Besar, Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) di bawah geran Yayasan Hasanah itu melibatkan empat lokaliti iaitu projek perumahan rakyat (PPR) Kerinchi dan Blok 20 Taman Bukit Angkasa (Parlimen Lembah Pantai), PPR Kelumpuk Serindit, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Batu 6 (Parlimen Setiawangsa) dan Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 1 (Parlimen Wangsa Maju).

Majlis dirasmikan Presiden IKRAM, Badlishah Sham Baharin pada 13 November lalu.

Hadir sama Ketua Pembangunan Masyarakat Yayasan Hasanah, Anita Ahmad; Ketua Wanita IKRAM, Sallawahiu Mohd Salleh; Timbalan Yang Dipertua IKRAM Kuala Lumpur, Mohammad Raswan dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 1, Siti Zaharah Binti Haji Nawawi.

Menurut salah seorang peserta program IMPAK yang hanya ingin dikenali sebagai Muhammad, melalui pendedahan daripada jurulatih IMPAK, ia berjaya membuka matanya untuk sentiasa menghargai serta mendampingi anak-anak.

"Setiap pagi saya akan memeluk anak sehingga jika terlupa, anak pula yang bertanya mengapa tidak memeluknya hari ini?,"ujarnya.

Program berkenaan turut diadakan bagi mengoptimumkan peranan ibu bapa serta meningkatkan penglibatan dalam mendidik anak.

Ia bagi membantu para guru meningkatkan prestasi akademik anak-anak.

Program itu juga untuk memberi pendedahan tentang kemahiran dan teknik yang sesuai agar dapat membantu anak-anak dari segi pembelajaran di rumah, peningkatan sahsiah anak-anak dan merapatkan hubungan antara ibu serta anak-anak.

Artikel berkaitan

200 murid ‘belajar sambil bermain’ menerusi Program Pemerkasaan Sahsiah Pelajar dan Smart Learning

11 pensyarah kongsi ilmu dan kepakaran menerusi program English TVET

Program JMKM Siswa bantu pelajar dapatkan barangan dengan harga lebih rendah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok