HomeBuletin7,000 pelajar Selangor bakal terima kad sim dengan data internet percuma

7,000 pelajar Selangor bakal terima kad sim dengan data internet percuma

SHAH ALAM – Kad sim dengan kemudahan data internet percuma bagi tempoh setahun di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 mula diedarkan kepada golongan sasaran pada Selasa lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seramai 7,000 pelajar yang menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) akan menerima manfaat tersebut mulai Oktober depan.

Menurut beliau, kad sim tersebut diserahkan kepada pelajar daripada keluarga B40 di semua daerah menerusi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing.

“Pemberian kuota data internet sebanyak 15 gigabit bagi setiap bulan mulai Oktober ini membabitkan kos sebanyak RM20 hingga RM30 sebulan.

“Diharap inisiatif ini dapat membantu pelajar untuk menjalani Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) serta menghadiri kelas PTRS secara dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pemberian Kad Sim Percuma Inisiatif Pakej Kita Selangor 2.0 di Kediaman Datuk Menteri Besar pada Selasa.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, bantuan ini juga akan diperluaskan secara berfasa meliputi golongan usahawan dan kumpulan-kumpulan yang memerlukan.

Beliau berkata, penerima bantuan kemudahan ini juga akan dikenal pasti oleh pihak-pihak Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap daerah dengan anggaran sekitar 500 sehingga 1,000 membabitkan keluarga dan ibu bapa yang memerlukan.

“Kad sim ini akan diserahkan kepada pihak terbabit termasuk ketua kampung, ahli-ahli majlis untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Fasa pemberian seterusnya akan dimaklumkan kelak secara berperingkat mengikut Pusat Khidmat Masyarakat DUN.

“Kita juga akan berhubung dengan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) dan Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail agar bantuan ini dapat diagihkan kepada yang memerlukan,” ujar beliau.

Pada Ogos lalu, kerajaan Selangor menawarkan pemberian kad sim bersama kemudahan data internet percuma untuk tempoh setahun kepada penduduk yang layak dalam usaha memperkasakan agenda digitalisasi di negeri ini.

Inisiatif Data Internet Selangor menerusi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) menyediakan peruntukan sebanyak RM17.5 juta bagi menjayakan usaha tersebut yang merupakan kesinambungan kepada Pakej Kita Selangor 2.0 yang diumumkan sebelum ini.