Dari kiri Muhammad Shuib, Mohd Sahrularifin, Abdul Hafiz dan PU Akram Ikrami hadir dalam majlis menandatangani MoU antara Excel Travel dan Yayasan Maghfirah pada Khamis.
Dari kiri Muhammad Shuib, Mohd Sahrularifin, Abdul Hafiz dan PU Akram Ikrami hadir dalam majlis menandatangani MoU antara Excel Travel dan Yayasan Maghfirah pada Khamis.

Ahlan Cairo: Menelusuri sanad al-Quran di bumi para anbiya

08 Dec 2025 02:50am

Pembelajaran al-Quran secara bersanad merupakan kaedah tradisi yang sangat dituntut dalam Islam bagi memastikan bacaan kitab suci itu terpelihara secara tepat seperti yang diperturunkan melalui malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW dan seterusnya dari generasi ke generasi.

Kepentingan sanad adalah satu bentuk pembuktian kesahihan ilmu yang menghubungkan rantaian seorang pelajar dengan barisan ulama, para sahabat dan akhirnya 'berakar' kepada sumber pertama iaitu Rasulullah SAW.

Walaupun tuntutan mempelajari al-Quran secara bersanad tidak diwajibkan, ia sebenarnya sangat dituntut dalam Islam kerana menjadi simbol ketulenan dan integriti bacaan, terutama apabila melibatkan bacaan wajib di dalam solat.

Menyedari kepentingan pemeliharaan tradisi ilmu itu, Excel Travel dengan kerjasama Yayasan Maghfirah baru-baru ini menyatukan dunia pengajian al-Quran dan pelancongan di bumi Mesir di dalam satu pakej yang dinamakan Ahlan Cairo. 

No Image Caption

Pengurus Besar Excel Travel, Abdul Hafiz A Rahman berkata, pakej itu memberi peluang kepada peserta memperbaiki bacaan dan mendalami ilmu qiraat dengan guru-guru bertauliah dari Universiti Al-Azhar, khususnya dalam pembetulan surah Al-Fatihah, makhraj dan tajwid mengikut pendekatan Al-Azhar.

Beliau berkata, seramai 25 orang syeikh yang mempunyai Sanad Qiraat Ali bersetuju untuk menyertai siri pertama program Ahad lalu.

Artikel Berkaitan:

"Bagi menjayakan program ini, kami menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Maghfirah, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia yang sudah lama bertapak di Mesir.

"Di sana, penginapan para peserta akan ditempatkan di bangunan sembilan tingkat milik Yayasan Maghfirah yang dikenali sebagai Darul Maghfirah.

"Bangunan yang baharu sahaja siap dibaik pulih dengan penginapan bertaraf hotel ini mampu memuatkan maksimum 40 orang pada satu-satu masa," katanya selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Excel Travel dan Yayasan Maghfirah Khamis lalu.

No Image Caption

Yayasan Maghfirah diwakili oleh Pengerusi Ahli Pemegang Amanah & Pengerusi Eksekutifnya, Mohd Sahrularifin Ab Manan.

Turut hadir Penasihat Agama Excel Travel,  Pencetus Ummah (PU) Akram Ikrami Taib Azzamuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maghfirah, Muhammad Shuib Norudin.

Abdul Hafiz berkata, sebelum diterbangkan ke Mesir, para peserta akan disaring terlebih dahulu bagi menilai tahap penguasaan bacaan al-Quran sebelum 'diserahkan ' kepada guru masing-masing.

Ujarnya lagi, sebagai pengiktirafan kepada pengajian Tahsin al-Quran itu, para peserta akan ditauliahkan dengan sijil pengesahan sanad dan tamat pengajian.

Sementara itu, Mohd Sahrularifin berkata, Yayasan Maghfirah berbesar hati dengan kerjasama bersama Excel Travel, yang membolehkan umat Islam kembali menghayati pengajian al-Quran.

No Image Caption

Beliau berharap, bangunan Darul Maghfirah akan terus memberi manfaat dan kemudahan kepada masyarakat Islam terutamanya pelajar dan pelawat dari Malaysia.

Terdahulu, Yayasan Maghfirah terkenal sebagai organisasi kebajikan dan pendidikan Islam yang aktif dalam program pembangunan insan, dakwah dan pendidikan al-Quran, termasuk pengurusan kelas pengajian serta pembangunan kompleks pendidikan di dalam dan luar negara.

 

 

Ringkasan AI

  • Pembelajaran Al-Quran secara bersanad penting untuk memastikan ketepatan bacaan seperti asalnya
  • Sanad membuktikan kesahihan ilmu dan menghubungkan pelajar dengan rantaian ulama hingga ke Rasulullah SAW
  • Excel Travel dan Yayasan Maghfirah melancarkan pakej 'Ahlan Cairo' yang menggabungkan pelajaran Al-Quran dan pelancongan di Mesir
  • Pakej ini melibatkan pembelajaran dengan guru-guru bertauliah dari Universiti Al-Azhar dan lawatan ke tempat menarik di Mesir
  • Peserta program akan ditauliahkan dengan sijil pengesahan sanad setelah menamatkan pembelajaran
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp