1278663
1278663

Akademi al-Quran di Kota Iskandar terima pelajar mulai Januari

webadmin
26 Nov 2021 10:17am
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Pengambilan pelajar bagi Akademi al-Quran di Kota Iskandar yang dibangunkan dengan peruntukan sebanyak RM300,000 oleh kerajaan Johor akan bermula pada Januari tahun hadapan.

Menurut Exco Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, akademi tersebut memberi penekanan khusus kepada pemahaman dan membaca al-Quran lebih baik dengan tenaga pengajar yang terdiri daripada guru terlatih termasuk qari dan qariah.

Menurutnya, pelajar berusia 12 tahun dan ke atas yang dipilih memasuki akademi ini tetap mengikuti pembelajaran di sekolah agama kerajaan negeri Johor.

"Hanya 40 pelajar sahaja yang akan memasuki akademi ini di mana mereka dipilih di peringkat daerah oleh jawatankuasa kadi dan tiada sebarang yuran dikenakan kepada pelajar.

BACA JUGA: Perpustakaan terima buku dipinjam 73 tahun lepas, tengok berapa denda yang dikenakan. Sangat mengejutkan!

BACA JUGA: 5 fungsi baharu Google Meet yang sangat memudahkan kerja, cikgu-cikgu mesti cuba!

"Pelajar akan berada di akademi dalam tempoh satu hingga tiga tahun dan diharap mereka mampu menjadi qari serta qariah yang mewakili negeri ke tilawah al- Quran peringkat kebangsaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14 di sini pada Rabu.

Tosrin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai berkata, akademi al-Quran ini selari dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu memberikan pendidikan khas tentang al-Quran kepada golongan pelapis.

"Kita tidak mahu mereka buta al-Quran, sebab itu kerajaan negeri mahu akademi ini terus berjalan dan bukan bermusim.

BACA JUGA: QS Asia University Rankings 2022: UKM kini 5 peratus terbaik Asia

BACA JUGA: MoHE X Shopee: Siswa Mall hasil kolaboratif KPTM dan Shopee

"Menerusi akademi ini, golongan pelapis yang faham dan membaca al-Quran dengan lancar serta mengikut tajwid mampu dilahirkan seterusnya menjadi qari dan qariah yang akan mewakili negeri," katanya.

Dalam pada itu, Tosrin memaklumkan Johor akan menjadi tuan rumah tilawah al- Quran dan hafazan peringkat kebangsaan pada Jun tahun hadapan.

"Setakat ini, kita masih menunggu perkenan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung lokasi tilawah akan diadakan," katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok