Ibu mangsa, Ruziah (empat dari kanan) kelihatan sugul pada pengebumian dua anaknya, Puteri Sajidah dan Siti Fatimah.
Ibu mangsa, Ruziah (empat dari kanan) kelihatan sugul pada pengebumian dua anaknya, Puteri Sajidah dan Siti Fatimah.

Allahyarham Puteri Sajidah & Siti Fatimah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
30 Nov 2024 10:40pm

Dua pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ajil, Terengganu yang maut dalam tragedi tanah runtuh di Kampung Bukit Apit, Ajil selamat dikebumikan pukul 1 tengah hari pada Sabtu.

Allahyarham Puteri Sajidah Azman, 16, dan adiknya, Allahyarham Siti Fatimah Azman, 13, disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panggung, Ajil, dekat sini.

Suasana hiba dan pilu mengiringi pengebumian yang dihadiri lebih 200 ahli keluarga dan kenalan mangsa bagi memberi penghormatan terakhir kepada dua beradik berkenaan.

Kelihatan ibu mangsa, Ruziah Fuad, 46, terpaksa diangkat menuju ke kenderaan setelah pengsan selepas pengebumian selesai dijalankan.

Abang mangsa, Uzair Azman,17, turut hadir mengiringi pengebumian kedua-dua adik perempuannya itu.

Kami di Sinar Bestari merakamkan ucapan takziah buat keluarga arwah dan berharap mereka dikurniakan ketabahan serta segala urusan dipermudahkan, insya-ALLAH.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp