qr-code borang asssb (1)
qr-code borang asssb (1)

Anugerah Global Teacher Prize versi Malaysia, guru boleh mohon

Adlan Farhan Azwan
13 May 2022 09:05am
A
A
A

Cikgu Samuel Isaiah atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Sam menjadi guru pertama Malaysia yang telah disenarai pendek sebagai antara 10 guru terbaik bagi Anugerah Global Teacher Prize dua tahun lalu.

Berikutan kejayaan tersebut, telah membuatkan terhasilnya pula Malaysia Teacher Prize, iaitu anugerah edisi Malaysia bagi Global Teacher Prize dari Varkey Foundation.

Ini merupakan program anjuran PEMIMPIN GSL dengan kerjasama YTL Foundation serta disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Anugerah yang dilancarkan buat julung kalinya ini meraikan guru-guru dan usaha luar biasa mereka yang sering tidak dilihat dan diiktiraf dalam mendidik anak bangsa.

Dengan sasaran penyertaan sebanyak 10,000 guru di seluruh Malaysia, pemenang hadiah utama akan menerima RM50,000 manakala empat lagi peserta akhir akan menerima RM5,000 setiap seorang.

Selain itu, 10 peserta akhir terbaik juga akan menerima perkembangan profesional untuk membantu guru-guru tersebut memahami impak mereka dengan lebih baik dengan potensi untuk membawa hasil kerja keras mereka ke dunia di luar pagar sekolah.

BACA JUGA 

Anugerah Sekolah S.M.A.R.T

Memperkasa dan Meraikan Guru-Guru Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif PEMIMPIN GSL, Cheryl Ann Fernando berkata, anugerah ini akan menjadi platform permulaan untuk guru-guru berkongsi kisah mereka, terutamanya kegigihan mereka semasa zaman pandemik dalam menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah dan berusaha dengan terbaik untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang cemerlang untuk murid mereka.

“Dalam jangka masa panjang, kami berharap anugerah ini menjadi motivasi kepada guru untuk terus gigih berusaha di dalam bilik darjah bagi mendidik anak murid dengan lebih cemerlang.

”Kami berharap ini juga akan menggalakkan golongan muda untuk melihat perguruan sebagai bidang pekerjaan pilihan dan memilih menjadi guru bagi mengukuhkan lagi sistem pendidikan kita,” katanya.

Sementara itu, Cikgu Sam yang telah dilantik sebagai Pengarah Program PEMIMPIN GSL memberitahu, seorang guru boleh membawa perubahan dan perlu menunjukkan hasil kerja mereka kepada dunia.

“Anugerah ini meraikan para guru dan meningkatkan prestij pekerjaan mereka selain menampilkan pencapaian unik guru-guru di seluruh negara dan memperkasakan usaha murni mereka untuk membimbing generasi akan datang.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Guru-guru perlu tahu bahawa mereka amat dihargai dan disanjungi masyarakat. Kita perlu menggalakkan dan mempamerkan usaha keras yang telah mereka laksanakan dan memberikan mereka motivasi untuk meneruskan kerja mereka bagi memberikan impak positif kepada murid mereka dan juga kepada masyarakat,” tambah Cikgu Sam.

Permohonan untuk Malaysia Teacher Prize telah dibuka secara rasmi. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Malaysia Teacher Prize.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok