Sekolah vernakular merupakan sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan P&P.
Sekolah vernakular merupakan sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan P&P.

Apakah sekolah vernakular?

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
21 Feb 2024 04:23pm

Akhir-akhir ini, sekolah vernakular tular dalam kalangan masyarakat dek isu-isu tertentu.

Pihak yang berkaitan sedaya upaya mencari solusi terbaik dalam konflik membabitkan sekolah vernakular berkenaan.

Bagaimanapun, Sinar Bestari tidak ingin menyentuh sebarang isu tentang sekolah tersebut.

Kami cuma ingin berkongsi serba ringkas info sekolah vernakular yang mungkin ramai tidak tahu.

Sekolah vernakular merupakan sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.

Terdapat tiga jenis sekolah vernakular iaitu Melayu, Cina dan Tamil.

Sekolah Melayu Gelugor merupakan sekolah vernakular Melayu pertama ditubuhkan pada tahun 1855 di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Ia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Artikel Berkaitan:

Manakala sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada 1815 oleh Persatuan Pendakwah London dan ada yang dibuka orang perseorangan.

Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina atau Mandarin sebagai bahasa pengantar, contohnya Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Hua Lian, Tanjung, Perak dan SJK Cina Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.

Bagi sekolah vernakular Tamil pula, mereka menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar seperti SJK Tamil Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak.

Terdapat empat kelemahan sistem pendidikan vernakular di negara ini.

1) Tidak dapat memupuk perpaduan kaum

2) Murid-murid daripada pelbagai kaum terpisah

3) Melalui sistem pendidikan yang berbeza-beza

4) Penggunaan bahasa yang berlainan sebagai bahasa pengantar

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp