Dr Eleena (gambar kecil) dikenali dengan sentuhan reka bentuk yang unik, moden dan sarat nilai seni sekali gus menjadikan setiap hasil kerjanya bukan sekadar binaan, tetapi karya bernyawa.
Dr Eleena (gambar kecil) dikenali dengan sentuhan reka bentuk yang unik, moden dan sarat nilai seni sekali gus menjadikan setiap hasil kerjanya bukan sekadar binaan, tetapi karya bernyawa.

Arkitek terkenal negara, Dr Eleena terus harumkan nama dalam dunia seni bina

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
17 Oct 2025 10:48am

Ikon arkitek terkenal negara, Dr Eleena Jamil bukanlah nama asing dalam bidang seni bina tanah air.

Menerajui syarikat miliknya sendiri, Eleena Jamil Architect (EJA), beliau dikenali dengan sentuhan reka bentuk yang unik, moden dan sarat nilai seni sekali gus menjadikan setiap hasil kerjanya bukan sekadar binaan, tetapi karya bernyawa.

Graduan Welsh School for Architecture, Cardiff University, United Kingdom ini telah menghasilkan pelbagai projek berprestij yang mendapat perhatian dunia.

Antara karya beliau yang paling dikenali ialah projek Sekolah Milenium iaitu sebuah prototaip sekolah buluh di Filipina yang pernah dipamerkan dalam Design for the Other 90%: Cities (2011) di Cooper Hewitt Museum, New York.

Projek ini turut disenarai pendek dalam Festival Senibina Dunia 2010 di Barcelona, satu pencapaian membanggakan buat arkitek wanita Malaysia.

No Image Caption

Terbaharu, EJA telah diberi kepercayaan mereka bentuk lapan blok baharu di Kolej Vokasional Juasseh, Negeri Sembilan, yang menampilkan elemen seni bina moden dan berfungsi tinggi.

Artikel Berkaitan:

Menurut Dr Eleena, daripada lapan blok yang dibina, satu berdiri secara individu manakala selebihnya disusun dalam tiga kumpulan yang membentuk halaman tengah.

"Menariknya, blok-blok baharu ini menampilkan reka bentuk seni bina industri yang moden dan berbeza daripada bangunan asal.

"Reka bentuk ini mencerminkan sifat teknikal dan praktikal program pengajian di kampus, selain berfungsi sebagai bahan pembelajaran visual agar pelajar dapat memahami struktur binaan dengan lebih jelas," ujarnya kepada Sinar Bestari.

Beliau turut mengakui bahawa proses mereka bentuk bangunan ini bukan sesuatu yang mudah, namun kejayaan projek ini tidak akan tercapai tanpa pasukan EJA yang berdedikasi dan bersemangat tinggi.

No Image Caption

Pesanan buat generasi muda: Jangan mudah mengalah!

Sebagai arkitek wanita yang berjaya di pentas antarabangsa, Dr Eleena menitipkan pesanan penuh inspirasi buat pelajar dan generasi muda yang berminat dalam dunia seni bina.

"Perjalanan dalam bidang seni bina penuh cabaran, tetapi jangan sesekali mengalah. Teruskan belajar, berani bereksperimen dan kekalkan minat yang mendalam terhadap seni bina dan komuniti.

No Image Caption

"Setiap rekaan yang lahir daripada hati dan fikiran yang tulus akan memberi makna besar kepada manusia dan dunia," katanya.

Dengan kehebatannya menyeimbangkan nilai estetik, fungsi dan identiti budaya dalam setiap rekaan, Dr Eleena bukan sekadar seorang arkitek tetapi beliau adalah inspirasi kepada generasi baharu arkitek Malaysia yang ingin berdiri di pentas dunia.

No Image Caption

 

 

Ringkasan AI

  • Ikon arkitek terkenal negara, Dr Eleena Jamil dikenali dengan sentuhan reka bentuk yang unik dan moden
  • Graduan Welsh School for Architecture, Cardiff University, United Kingdom ini telah menghasilkan pelbagai projek berprestij
  • Antara karya beliau yang paling dikenali ialah projek Sekolah Milenium, sebuah prototaip sekolah buluh di Filipina
  • EJA telah diberi kepercayaan mereka bentuk lapan blok baharu di Kolej Vokasional Juasseh, Negeri Sembilan
  • Menurut Dr Eleena, blok-blok baharu ini menampilkan reka bentuk seni bina industri yang moden dan berfungsi tinggi
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp