Waheeda atau Teacher Wawa (tengah) kini bertugas sebagai tenaga pengajar Kelab Seni Persembahan di Sekolah Rendah Agama Integrasi AADMS, di mana beliau aktif membimbing murid dalam bidang tarian, lakonan dan persembahan pentas.
Waheeda atau Teacher Wawa (tengah) kini bertugas sebagai tenaga pengajar Kelab Seni Persembahan di Sekolah Rendah Agama Integrasi AADMS, di mana beliau aktif membimbing murid dalam bidang tarian, lakonan dan persembahan pentas.

Waheeda Wassini: Dari dunia seni ke pentas pendidikan

16 Oct 2025 03:20pm

Nama Waheeda Wassini bukanlah asing dalam dunia seni tanah air.

Pernah dikenali sebagai penyanyi yang merangkul trofi Album Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM), kini beliau memilih haluan berbeza iaitu mendidik dan menginspirasi generasi muda di Sekolah Rendah Agama Integrasi Al-Amin Darul Musthofa (AADMS) sebagai tenaga pengajar Kelab Seni Persembahan sejak Mei 2024.

Di sekolah, Waheeda lebih dikenali mesra sebagai Teacher Wawa, panggilan penuh kasih yang digunakan oleh pelajar, ibu bapa dan guru-guru.

Nama ini menjadi simbol keakraban, kehangatan dan inspirasi, menjadikan beliau bukan sekadar tenaga pengajar, tetapi sebahagian daripada keluarga besar sekolah.

Seni sebagai jalan tarbiyah

Dalam satu perkongsian eksklusif menerusi podcast, Teacher Wawa meluahkan hasrat untuk memberi kembali kepada masyarakat dengan berkongsi bakat dan pengalaman seninya.

Baginya, muzik bukan sekadar hiburan, tetapi alat pendidikan yang mampu melatih otak, membentuk emosi dan membuka ruang kreativiti pelajar.

"Saya percaya muzik boleh mendidik. Ia bukan sekadar populariti atau hiburan semata, tapi satu cara untuk mengasah minda dan jiwa anak-anak," katanya.

Artikel Berkaitan:

Seni tari sebagai medium keyakinan, ekspresi diri dan adab.
Seni tari sebagai medium keyakinan, ekspresi diri dan adab.

Dari pentas populariti ke ruang kelas inspirasi

Pengalaman 23 tahun dalam industri hiburan mengajar Teacher Wawa erti disiplin, kesungguhan dan kejujuran dalam berkarya.

Beliau kini membawa semua itu ke ruang kelas, menanam rasa cinta terhadap seni persembahan sambil memupuk adab, identiti dan penghargaan terhadap budaya tempatan.

Teacher Wawa juga menyuarakan kebimbangan terhadap fenomena belia yang lebih mengenali K-pop berbanding tarian tradisional Melayu.

Justeru, kehadirannya di komuniti sekolah bukan sekadar mengajar, tetapi mengembalikan seni ke tempatnya sebagai warisan dan tarbiyah.

Suara ibu bapa: Dari pemalu ke berani di pentas

Menariknya, maklum balas daripada ibu bapa seiring dengan apa yang Teacher Wawa perjuangkan.

Ramai yang terkejut dan gembira apabila melihat perubahan anak-anak mereka yang sebelum ini pemalu, pendiam dan suka menyendiri kini tampil berani di atas pentas dengan penuh keyakinan.

Lebih istimewa, tahun ini pelbagai bentuk persembahan diketengahkan.

Jika sebelum ini hanya ada bicara berirama, kini pelajar turut mempersembahkan tarian dan lakonan yang benar-benar menjiwai watak mereka.

Dari kiri Waheeda dan Shalhah
Dari kiri Waheeda dan Shalhah

Menyulam akademik dan seni dalam pendidikan

Bagi Guru Besar Al-Amin Darul Musthofa, Shalhah Abdul Rahman, kehadiran Teacher Wawa adalah satu anugerah besar.

"Kami percaya pendidikan bukan sekadar melahirkan anak yang cemerlang akademik, tetapi membentuk mereka menjadi insan yang yakin, beradab dan berakhlak mulia.

"Kehadirannya telah membuka dimensi baharu di mana pelajar bukan sahaja belajar seni persembahan, tetapi juga belajar menghargai disiplin, budaya dan keberanian untuk mengekspresikan diri dengan cara yang beradab dan bermakna," katanya.

Pendidikan holistik Al-Amin Darul Musthofa

Penglibatan Teacher Wawa membuktikan komitmen sekolah untuk melahirkan pelajar seimbang yang bukan hanya cemerlang intelek, tetapi juga berjiwa seni, beradab dan berakhlak mulia.

"Bagi saya, mengajar anak-anak adalah pengalaman yang terapeutik. Duduk bersama mereka yang suci, ia membawa kedamaian dan kebahagiaan," katanya.

Dengan pendekatan ini, AADMS terus melangkah sebagai institusi pendidikan Islam bersepadu yang menggabungkan ilmu, akhlak dan seni kehidupan.

AADMS bukan sekadar sekolah. Ia adalah tempat anak-anak belajar ilmu duniawi dan ukhrawi, mengasah bakat yang terpendam dan membina sahsiah diri yang seimbang.

Setiap anak punya potensi sama ada dalam akademik, kepimpinan atau seni dan di sini, potensi itu dibimbing dengan kasih sayang dan disiplin.

Jika anda mencari sekolah yang mampu menjadikan anak bukan hanya cemerlang di atas kertas, tetapi juga yakin berdiri di hadapan khalayak, berakhlak mulia dan berani menyumbang kepada masyarakat AADMS adalah pilihan yang tepat.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 013-2347310 dan laman sesawang rasmi di https://darulmusthofa.my/

 

 

Ringkasan AI

  • Waheeda Wassini, bekas penyanyi pemenang AIM, kini menjadi guru Kelab Seni Persembahan di Sekolah Rendah Agama Integrasi Al-Amin Darul Musthofa
  • Dikenali sebagai Teacher Wawa, beliau menganggap muzik bukan sekadar hiburan tetapi sebagai alat pendidikan yang melatih otak dan membentuk emosi pelajar
  • Berpengalaman 23 tahun dalam industri hiburan, beliau membawa nilai disiplin, kesungguhan, dan kejujuran dalam mengajar, serta memupuk cinta terhadap seni tempatan
  • Kehadiran beliau di sekolah dianggap sebagai anugerah besar, membuka dimensi baru dalam pendidikan yang menggabungkan akademik dengan seni untuk membentuk pelajar yang beradab dan berakhlak mulia
  • AADMS berkomitmen melahirkan pelajar yang seimbang, bukan hanya cemerlang akademik tetapi juga berjiwa seni, dengan pendekatan pendidikan holistik yang mengasah bakat dan membina sahsiah diri seimbang
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp