Noor Hariri (kanan) menunjukkan kit peperiksaan yang disumbangkan kepada Danish Yusra (dua dari kanan) dan rakan-rakannya.
Noor Hariri (kanan) menunjukkan kit peperiksaan yang disumbangkan kepada Danish Yusra (dua dari kanan) dan rakan-rakannya.

Banjir bukan penghalang calon SPM duduki peperiksaan

ASWANY OMARASWANY OMAR
30 Dec 2024 08:09pm

Seramai 150 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meranti, Pasir Mas, Kelantan tetap bersemangat menghadapi peperiksaan walaupun kemungkinan berdepan banjir gelombang ketiga.

Pelajar, Danish Yusra Che Yusoff, 17, berkata, banjir merupakan cabaran untuk meneruskan peperiksaan penting itu, namun dia dan rakan-rakan tetap bersemangat menghadapinya.

"Saya berharap cuaca dalam keadaan baik dan kami semua boleh menumpukan perhatian kepada peperiksaan penting ini," katanya selepas menerima kit peperiksaan melalui bantuan khas persekolahan yang disampaikan oleh Pengerusi Rural Capital Berhad, Noor Hariri Mohamed Noor.

No Image Caption

Nur Alia Balqis Anizam, 17, pula mengakui mengalami sedikit tekanan kerana bimbang berlaku banjir ketika peperiksaan.

Pelajar itu berkata, sekolahnya turut ditenggelami banjir akhir November lalu.

Seorang lagi calon SPM, Suraya Abdul Wahab, 17, juga bimbang sekolahnya dinaiki air lagi berikutan keadaan teruk baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

"Insya-ALLAH tidak ada banjir lagi kerana emosi kami mungkin terganggu jika hujan lebat dan air naik," katanya.

Sementara itu, Noor Hariri yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Meranti berkata, seramai 600 calon SPM melibatkan lima sekolah di Parlimen Pasir Mas yang terjejas banjir menerima bantuan itu daripada Yayasan Pelajaran Mara tajaan CelcomDigi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp