Permohonan program BRIGHT Bank Rakyat dibuka bermula 27 Mei sehingga 1 Julai 2024.
Permohonan program BRIGHT Bank Rakyat dibuka bermula 27 Mei sehingga 1 Julai 2024.

Bank Rakyat tawar biasiswa untuk lepasan SPM

IZWAN ROZLINIZWAN ROZLIN
11 Jun 2024 10:28am
A
A
A

Bank Rakyat dengan kerjasama Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) melancarkan Program Biasiswa: Inspirasi Bank Rakyat Memacu Bakat Tertinggi (BRIGHT) khas untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bank Rakyat dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, program khas itu khusus untuk pelajar yang menduduki SPM pada 2023 dan permohonan secara dalam talian dibuka bermula 27 Mei sehingga 1 Julai 2024.

Calon akan melalui Program Asasi selama setahun sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

“Antara bidang yang ditawarkan ialah Sarjana Muda Perakaunan, Sarjana Muda Pengurusan, Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam), Sarjana Muda Psikologi, Sarjana Muda Pendidikan, Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) serta Sarjana Muda Ekonomi.

“Bank Rakyat amat komited dalam memastikan agenda meningkatkan kualiti pendidikan negara terus menjadi realiti yang dapat dinikmati setiap rakyat Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Calon mesti lulus pada peringkat SPM dengan minimum lima kredit dan di O-Level, dengan sekurang-kurangnya gred C dalam lima mata pelajaran serta lulus Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dengan minimum gred B dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kelayakan lain setaraf dengannya yang diiktiraf kerajaan Malaysia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok